
INFAQ IHYA RAMADAN 1446H 2026M
Pusat Islam, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan rendah hati mempelawa seluruh warga kampus, alumni serta masyarakat umum untuk bersama-sama menyumbang dalam Program Infaq Ihya’ Ramadan 1447H / 2026M.
Program Ihya’ Ramadan merupakan agenda tahunan Pusat Islam USIM yang bertujuan mengimarahkan bulan Ramadan melalui pelaksanaan pelbagai aktiviti kerohanian dan kebajikan, antaranya iftar harian (600 pek sehari), solat tarawih, qiamullail, tazkirah Ramadan, tahlil serta iftar perdana. Program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada warga USIM, malah turut menyantuni komuniti sekitar.
Sehubungan itu, pihak Pusat Islam USIM mensasarkan kutipan sumbangan sebanyak RM200,000 sepanjang bulan Ramadan, iaitu sekitar RM6,000 sehari. Sumbangan boleh dilakukan secara RM100 bagi setiap lot atau seikhlas hati mengikut kemampuan masing-masing.
Setiap sumbangan yang diberikan akan disalurkan sepenuhnya bagi menjayakan aktiviti-aktiviti Ramadan serta keperluan berkaitan sepanjang bulan yang mulia ini. Semoga sumbangan ini menjadi amal jariah yang berpanjangan dan diganjari pahala berlipat ganda oleh Allah SWT.
Semoga infaq anda menjadi asbab tercetusnya lebih banyak majlis ilmu, program dakwah dan kegiatan bermanfaat yang mendekatkan masyarakat kepada Allah SWT. Mudah-mudahan setiap sen yang dizakatkan atau disedekahkan menjadi bekalan terbaik di akhirat kelak.













