Alhamdulillah telah berlangsung Daurah Fiqh Solat Qasar & Jamak bersama Ustaz Abu Usamah Mohd Hanapiah Haji Hussin di Kompleks Islam Tuanku Muhriz, USIM hari ini.
Para peserta dari kalangan pelajar dan warga luar USIM tekun mengikuti pengajian & perkongsian ilmu berkaitan fiqh musafir, lengkap dengan dalil & huraian praktikal.
Terima kasih kepada semua yang hadir. Tahniah pihak Madkhal app yang menganjurkan program ini. Semoga ilmu yang dikongsikan memberi manfaat & menjadi bekalan buat kita semua, insya-Allah.
#PusatIslamUSIM #FiqhSolat #QasarJamak #Madkhal #IlmuBermanfaat #USIM



