15 Oktober 2022, Nilai – Bersempena kemasukan pelajar baharu Sarjana Muda USIM sesi 22/23, Pusat Islam USIM mengambil inisiatif memberi pengisian dan perkongsian buat pelajar USIM. Ceramah ini disampaikan oleh Dai Fuad yang merupakan Dai Pendakwah Nusantara TV3. Antara isi menarik yang dikongsikan Dai Fuad ialah Mahasiswa perlu belajar ilmu kepimpinan dan pengucapan awam sepanjang di Universiti kerana ia sangat penting pada masa hadapan.