Nilai, 6 Februari- Universiti Sains Islam Malaysia telah memperkenalkan Model Graduan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli (GIINA) yang merangkumi beberapa elemen penting untuk diterapkan dalam diri setiap pelajar termasuklah elemen Mutadayyin. Oleh yang demikian, Program Liqa’ Universiti telah diperkasakan melalui jabatan Pusat Islam berpandukan Modul Liqa’ . Ia telah dikeluarkan pada setiap semester dan ianya selari dengan elemen Mutadayyin yang terdapat dalam GIINA tersebut.
Sehubungan dengan itu, Bengkel Penggubalan Modul Liqa’ telah diadakan bertujuan penghasilan Modul Liqa’ bagi mencapai matlamat USIM iaitu untuk melahirkan Graduan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli. Bengkel ini telah diadakan di Movenpick Hotel and Convention Centre KLIA dari jam 9 pagi hingga 5 petang.
Seramai 14 orang penggubal yang terlibat termasuklah Y.Bhg Prof. Madya Dr. Mohd Rushdan Mohd Jailani ( Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni ) selaku pengerusi bengkel tersebut.