TEMPAHAN RUANG DAN FASILITI

KOMPLEKS ISLAM TUANKU MUHRIZ

Tempahan terbahagi kepada dua iaitu PROGRAM PENJANAAN dan PROGRAM TANPA PENJANAAN. Program Penjanaan merangkumi program bukan dari pelajar USIM manakala Program Tanpa Penjanaan adalah program pelajar dan warga usim kecuali GISO

TERMA PROGRAM PENJANAAN

  • Tempahan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya satu (1) bulan sebelum tarikh program.
  • Tempahan bagi penganjuran program berbayar/ menjana akan dikenakan caj. Justeru pembayaran mesti selesai satu (1) minggu hari bekerja sebelum tarikh program.
  • Sebarang pembatalan/ pindaan tarikh hendaklah dimaklumkan secara bertulis selewat-lewatnya tiga (3) hari bekerja sebelum program kepada kakitangan pusat islam.
  • Pusat islam usim berhak membatalkan mana-mana tempahan jika terdapat kecurigaan yang munasabah tanpa notis awal kepada pihak penganjur.
  • Aktiviti dan program yang melanggar ajaran ahli sunnah wal-jamaah, mencemar kemuliaan syiar, bertentangan dengan hukum syarak, bermotifkan kepartian, mencela atau mencemuh mana-mana individu, pihak atau institusi, melanggar auku 1971, perlembagaan, undang- undang, akta dan enakmen negeri tidak akan dipertimbangkan atau boleh diarah tamat serta merta.
  • Pemohon adalah dipertanggungjawabkan sepenuhnya supaya setiap peraturan dipatuhi dan memastikan ruang, peralatan, fasiliti dan kelestarian kompleks islam tuanku muhriz, universiti sains islam adalah terjaga dengan baik. Kegagalan menyempurnakan tanggungjawab menyebabkan pusat islam boleh menuntut gantirugi ke atas pemohon.

Kadar Sewaan dan Borang boleh didapati di sini: https://kompleksislam.usim.edu.my/wp-content/uploads/2026/10/Borang-Tempahan-Ruang-Fasiliti-Penjanaan-2026-2.docx

TERMA PROGRAM TANPA PENJANAAN

  • Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya dalam tempoh 3 hari bekerja sebelum tarikh penggunaan.
  • Sebarang perubahan / pembatalan tempahan hendaklah dimaklumkan ke Pusat Islam dengan kadar yang segera.
  • Barang yang dipinjam hendaklah dipulangkan dalam keadaan baik dan bersih setelah digunakan.

Borang boleh didapati di sini: https://kompleksislam.usim.edu.my/wp-content/uploads/2026/03/borang-tempahan-ruang-peralatan-masjid-2026.pdf

SEBARANG TEMPAHAN BOLEH HUBUNGI : 011-33130352 (EN SYAWAL) dan hadir ke Pejabat Pusat Islam pada (Isnin hingga Jumaat 9.00 pagi – 4.30 petang)

DEWAN SOLAT UTAMA

Dewan Solat Utama terletak di ruang solat tingkat bawah Kompleks Islam Tuanku Muhriz. Sesuai digunakan untuk program yang memerlukan audiens yang ramai seperti forum, ceramah agama, taklimat dan lain-lain yang bersesuaian dengan lokasi dan adab di masjid. Boleh memuatkan seramai 500-1000 orang satu masa.

DEWAN SOLAT ARAS 2

Dewan Solat Aras 2 terletak di ruang solat tingkat atas Kompleks Islam Tuanku Muhriz. Sesuai digunakan untuk program seperti kelas pengajian, talaqqi kitab, dan lain-lain yang bersesuaian dengan lokasi dan adab di masjid. Boleh memuatkan seramai 100 orang. 

Aras 2 merupakan tempat sekolah KAFA USIM berlangsung setiap hari bekerja. Jika ingin membuat tempahan, hanya bersesuaian pada cuti sekolah dan cuti hujung minggu sahaja.

EXECUTIVE LOUNGE

Terletak di sebelah lobi utama Kompleks Islam Tuanku Muhriz. Sesuai digunakan untuk program seperti Hi-Tea, taklimat, dan lain-lain. Executive Lounge dilengkapi dengan Meja Bulat yang muat 8-10 orang, kerusi, tempat penyediaan makanan, penapis air dan sinki. Sesuai untuk kegunaan sehingga 50 orang.

(Antara program yang diadakan di Executive Lounge)

STUDENT LOUNGE

Terletak di belakang kawasan solat wanita dan diantara laluan tandas lelaki dan tandas wanita. Kawasan ini dilengkapi dengan kipas, paparan TV, serta meja penyediaan makanan. Sesuai untuk program seperti derma darah, pameran booth, program kanak-kanak, perbincangan, taklimat, berbuka puasa dan lain-lain yang memuatkan 200 orang.

Antara peralatan tempahan yang boleh ditempah adalah meja banquet, kerusi, mic dan speaker.

RUANG LEGAR AL-RAYYAN

Terletak di bahagian kiri Kompleks Islam Tuanku Muhriz. Ruangan ini sesuai digunakan untuk taklimat, ceramah, perbincangan dan lain-lain yang memuatkan 200 orang.

BILIK MESYUARAT PUSAT ISLAM

Terletak di kawasan depan Kompleks Islam Tuanku Muhriz. Sesuai digunakan untuk pengajian ilmu dan mesyuarat yang memuatkan 20 orang sahaja. Fasiliti yang disediakan ialah paparan TV, papan putih, penyaman udara, mic dan speaker (jika perlu)

BILIK TETAMU/VIP

Terletak di sebelah lobi utama Kompleks Islam Tuanku Muhriz. Dilengkapi penyaman udara, tandas, sofa dan meja kopi. Memuatkan 5-7 orang satu masa.

DAPUR 

Terletak di belakang antara Pusat Islam dan Pusat Kesihatan Universiti. Dilengkapi pelbagai peralatan dapur untuk masakan hidangan ramai seperti iftar, raya korban dan program lain-lain. Tempahan dapur dan peralatan dapur perlu berhubung dengan En. Syawaluddin.

BILIK JENAZAH

Terletak di belakang Pintu Masuk Al-Firdaus. Keluasan bilik jenazah ini boleh memuatkan sekitar 20 orang 

TEMPAT SEMBELIHAN USIM

Terletak di belakang Kompleks Islam Tuanku Muhriz laluan ke Canselori. Dilengkapi tapak yang kukuh untuk proses penyembelihan serta saluran air yang lancar. Sesuai untuk program kursus sembelihan dan program raya korban.

COURTYARD 

Terletak di tengah Kompleks Islam Tuanku Muhriz, kawasan lapang berumput tidak berbumbung. Sesuai digunakan untuk program perkhemahan dan aktiviti outdoor.