PROJEK INFAQ MEJA BANQUET

Pusat Islam berperanan sebagai nadi kepada pembangunan kerohanian dan kebajikan warga kampus serta masyarakat sekeliling. Di sinilah berlangsungnya majlis ilmu, program keagamaan, aktiviti kebajikan, kuliah, seminar, serta himpunan komuniti yang menghidupkan suasana ukhuwwah dan kesedaran Islam. Bagi memastikan kelancaran dan keselesaan setiap program yang dianjurkan, Pusat Islam kini melancarkan Projek Infaq Meja Banquet Pusat Islam.

Keperluan Projek

Seiring dengan peningkatan jumlah program dan kehadiran peserta, kemudahan meja banquet yang sedia ada tidak lagi mencukupi serta banyak yang telah rosak. Meja yang kukuh dan berkualiti sangat diperlukan terutamanya bagi majlis rasmi, program komuniti, jamuan, seminar serta aktiviti besar yang memerlukan susun atur teratur dan kemudahan logistik yang baik. Penambahan meja banquet baharu ini akan meningkatkan kecekapan penganjuran program dan memberi keselesaan kepada semua pengunjung Pusat Islam.

Peranan Meja Banquet dalam Kelancaran Program

Walaupun kelihatan kecil, meja banquet merupakan antara kelengkapan penting dalam urusan pengurusan majlis. Ia digunakan untuk:

  • pendaftaran peserta dan tetamu,

  • penyediaan hidangan dan jamuan,

  • tempat belajar bagi pelajar yang bakal peperiksaan,

  • majlis ilmu dan seminar,

  • program kebajikan pelajar serta aktiviti komuniti.

Kemudahan yang teratur bukan sahaja mencerminkan profesionalisme, malah membantu menjadikan Pusat Islam lebih mesra pengguna, kondusif dan teratur.

Infaq Sebagai Peluang Amal Jariah

Melalui Projek Infaq Meja Banquet Pusat Islam, masyarakat diajak bersama menyumbang dalam bentuk amal jariah yang berpanjangan. Selagi meja-meja ini digunakan dalam majlis ilmu, program dakwah, kebajikan dan aktiviti bermanfaat, selagi itulah pahala para penyumbang terus mengalir.

Infaq ini bukan sekadar membantu melengkapkan kemudahan fizikal, tetapi turut menjadi saham akhirat bagi para penyumbang, kerana setiap manfaat yang terhasil daripadanya dikira sebagai amal jariah yang berterusan.

Seruan Kepada Penyumbang

Pusat Islam amat mengalu-alukan infaq daripada orang ramai sama ada staf, pelajar, alumni atau individu luar yang ingin menyokong usaha memperkasa fungsi Pusat Islam sebagai pusat ilmu dan kebajikan. Sumbangan, walau sekecil mana, tetap memberi impak yang besar demi kelancaran pelbagai program yang dianjurkan sepanjang tahun.

Semoga infaq anda menjadi asbab tercetusnya lebih banyak majlis ilmu, program dakwah dan kegiatan bermanfaat yang mendekatkan masyarakat kepada Allah SWT. Mudah-mudahan setiap sen yang dizakatkan atau disedekahkan menjadi bekalan terbaik di akhirat kelak.

KEGUNAAN MEJA BANQUET