RISALAH TINTA DU’AT

SIRI 9: SAY NO TO LGBT!

FEBRUARI 2018

Say No To LGBT!

Secara umumnya, LGBT adalah singkatan bagi lesbian, gay, biseksual, dan transgender.

Lesbian merujuk kepada wanita yang menyukai sesama jenis. Gay pula adalah sebutan khusus bagi lelaki-lelaki yang mempunyai rangsangan seks terhadap yang sejenis dengannya. Sedangkan biseksual adalah seseorang yang mempunyai daya tarikan terhadap lelaki mahupun wanita. Transgender sendiri adalah istilah yang digunakan kepada mereka yang berperilaku dan berpenampilan berlawanan dengan jenis kelamin yang dimilikinya.

Dapat dilihat dunia pada hari ini mengiktiraf dan mengagungkan LGBT seolah-olah ia fitrah insan dari kecil. Dunia barat kini makin berani menunjukkan sokongan dan galakan mereka terhadap fenomena songsang ini dengan memasukkan unsur-unsur hubungan sama jenis di dalam filem-filem mereka, termasuk filem yang ditonton oleh kanak-kanak seperti ‘Beauty & The Beast’.

Demikianlah virus halus musuh Islam yang sering dipandang enteng oleh masyarakat kita, menyerang pemikiran umat ini sehingga tiada lagi jati diri aqidah sebagai seorang yang beragama Islam.

Namun melihatkan kepada apa berlaku pada hari ini, ternyata masih ramai dari kalangan manusia yang tidak mengambil iktibar dan cakna berkenaan kisah tersebut.

Laman Al-Quran

(أَتَأْتُونَ الذُّكْرَانَ مِنَ الْعَالَمِينَ   (165

“Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia,

(وَتَذَرُونَ مَا خَلَقَ لَكُمْ رَبُّكُم مِّنْ أَزْوَاجِكُم ۚ بَلْ أَنتُمْ قَوْمٌ عَادُونَ   (166

“Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyaKan haiwan)!”

(Asy-Syu’ara: 165-166)

Laman Sirah

KISAH KAUM LUT A.S.

Allah SWT telah menjelaskan di dalam al-Quran berhubung kisah dan azab terhadap kaum Nabi Lut A.S. Sesungguhnya Allah telah murka kepada mereka lantaran sikap mereka yang ingkar dan sanggup melakukan perbuatan terkutuk, iaitu hubungan sejenis (homoseksual). Berikutan itu, mereka telah dibinasakan dari muka bumi.

(وَلُوطًا إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ أَتَأْتُونَ الْفَاحِشَةَ مَا سَبَقَكُمْ بِهَا مِنْ أَحَدٍ مِنَ الْعَالَمِينَ (80) إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِنْ دُونِ النِّسَاءِ ۚ بَلْ أَنْتُمْ قَوْمٌ مُسْرِفُونَ (81)

Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada mereka: “Mengapa kamu mengerjakan perbuatan faahisyah itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorangpun (di dunia ini) sebelummu?” [80] Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas. [81]

(Surah Al-A’raf: Ayat 80-81)

 

“Melebarkan Dakwah, Mengislahkan Ummah”

Pena Siswa Usim

Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia

2017/2018