PAKAR PERUBATAN WANITA
Nama yang baik Al Imam ibnu Qayyim Al Jauziyyah berkata: “Ketika sesuatu nama menunjukkan maksud tertentu, maka wujudlah ikatan antara keduanya. Nama itu mempengaruhi diri sesorang”Rasulullah juga menyukai nama yang baik dan didalamnya mengandungi sifat2 terpuji.Ibu susuan baginda Thuwaibah dan Halimatu sa’diah juga mempunyai maksud baik iaitu pahala dan kebahagiaan, kesabaran.Wanita yang pertama mendukung baginda juga mempunyai nama yang indah yang bermaksud kesembuhan iaitu Syifa’ binti Auf bin Abdul Harith bin Zahrah. Wanita Mukminah yang Bahagia Imam Bukhari berkata: “Apabila Allah telah menetapkan manusia kepada orang yang bahagia, nescaya mereka akan hidup dalam bahagia” Sahabat Syifa’ binti Auf, inilah adalah salah seorang yang tergolong dalam kumpulan bahagia dan mendapat berkat daripada Rasulullah. Ini kerana, beliau telah menerima dan mendukung baginda setelah lahir serta telah meriwayatkan perkhabaran kelahiran baginda. Syifa berkata, setelah baginda berada ditanganku, beliau mendengar salah seorang mengatakan padanya “Semoga Allah merahmatimu” Anak dan keturunannya Allah telah memuliakannya dengan mengurniakan anak yang soleh. Anaknya merupakan salah seorang sahabat yang dijamin masuk syurga serta anaknya juga pernah digantikan namanya oleh Rasulullah kepada Abdurrahman. Kesemua anak2 beliau dikurniakan kemuliaan dan pahala kerana kesegeraan memeluk islam. Penghormatan dan karamah Syifa’ binti Auf merupakan salah seorang sahabat wanita yang berhijrah ke Madinah Munawawarah.. Oleh itu, beliau mendapat kemanisan keimanan kerana kesegeraan memeluk islam. Antara karamahnya, turunnya hukum memerdekan hamba sahaya untuk kebaikan jenazahnya. Ketika beliau meninggal pada zaman Rasulullah SAW, anaknya (Abdurrahman binti Auf) meminta keizinan baginda untuk memerdekakan hamba sahaya atas nama ibunya dan baginda membenarkan tindakannya. Inilah bukti bahawa Syifa’ binti Auf ini dikurniakan karamah walaupun setelah meninggal dunia. “Siswi Profesional Islami” EXCO HAL EHWAL SISWISEKRETARIAT PUSAT ISLAM 2017/2018UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA