KENALI WANITA TERBILANG DI ZAMAN RASULULLAH
• BIOGRAFI•
Saudara kandung kepada Hamzah bin Abdul Mutalib. Ibu daripada sahabat Rasulullah, az-Zubair. Ibu Safiyyah Berasal daripada Bani Zuhrah.
Safiyah adalah isteri kepada al-Harith bin Harb bin Umaiyah,saudara kepada Sufyan bin Umayah. Dia meninggal kemudian safiyah dinikahi oleh al-Awwam bin Khuwailid al-Asadiy saudara daripada penghulu para wanita, ibu kita, Khadijah binti Khuwailid r.a. Safiyyah melahirkan 3 orang putera, iaitu az-Zubair, as-saib dan Abdul Kaabah.
•PENYAIR WANITA BANI HASYIM• Selain memiliki kelebihan di medan perang, Safiyah juga terkenal sebagai seorang wanita yang fasih, merangkai kata dan bidang bahasa adalah kepakarannya, beliau adalah penyair wanita dari Bani Hasyim.
Syair yang dibuat untuk Rasulullah “Ketahuilah wahai Rasulullah! Kaulah harapan kamiEngkau sangat baik dan ramah pada kamiEngkau penyayang, pemberi jalan dan guru kamiHari ini yang dahulu menangis akan menangisSeandainya yang Maha raja manusia mengekalkan Rasulullah kamiKami kan senang, tapi takdir terkemudian pergiSebagai penghormatan,Allah menyampaikan salamDan memasukkanmu ke Syurga Adn dan meredai “
” Siswi Profesional Islami “
EXCO HAL EHWAL SISWI SEKRETARIAT PUSAT ISLAM 2017/2018UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA