Pusat Islam USIM terus menunjukkan komitmen dalam kerja-kerja kemanusiaan apabila turun padang menyertai misi bantuan pasca banjir di tiga lorong Taman Perumahan yang terjejas baru-baru ini.
Misi ini melibatkan hampir 40 buah rumah dan mendapat sokongan penuh daripada YBhg Datoโ€™ Naib Canselor USIM yang menghantar 3 bas Skuad USIM Prihatin bagi membawa mahasiswa sukarelawan membantu pembersihan kawasan terlibat.
Dalam operasi ini mewakili Pusat Islam Dr. Kauthar, Timbalan Pengarah Pusat Islam turun menyertai sukarelawan bagi membantu pembersihan, memberi sokongan rohani kepada penduduk setempat, sokongan moral dan semangat kebersamaan. Turut serta Ustaz Ridauddin yang mewakili staf Pusat Islam.
Pusat Islam menekankan bahawa bantuan sebegini bukan hanya berbentuk tenaga, tetapi juga sokongan moral dan rohani bagi meringankan beban mangsa banjir.
Fasa kedua bantuan akan diteruskan di lokasi seterusnya dalam masa terdekat.