Nilai, 13 Mac- Bersempena dengan bulan Hari Wanita Sedunia, siswi daripada Sekretariat Pusat Islam, Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia dan Sekretariat Rakan Siswa Yadim telah menganjurkan Program Zahra’ Festival. Program yang bermula pada 11 Mac ini akan berlangsung selama 3 hari dengan menyajikan pelbagai program menarik khusus untuk kaum hawa USIM dan masyarakat sekitar.

Antara program yang terdapat dalam festival ini ialah:-

Jilsah Nisa’ Exclusive-Wanita & Darah: Apa Yang Perlu Anda Tahu

I can See Your Voice Nisa’

Siswi’s Challenge

Bedah Filem-Ajari Aku Islam

Open Floor-Wanita dan Masyarakat

Speakers Corner-Woman’s Day: Feminism?

Open Floor-Road To Incredible Woman

Turut diadakan aktiviti Pertandingan Selfie & Menang, Pertandingan Menulis Sajak & Puisi, Sedekah Hour dan Muslimah Charity secara serentak sepanjang program ini berlangsung.

Rata-rata program yang terdapat dalam festival ini diadakan di Kompleks Islam Tuanku Muhriz dengan menampilkan figura-figura hebat sama ada dari luar atau tenaga pakar daripada USIM sendiri. Festival ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan bukan sahaja daripada warga USIM sendiri tetapi turut dihadiri oleh masyarakat sekitar.

Terima kasih kepada jawatankuasa dan ahli-ahli yang terlibat dalam menjayakan Zahra’ Festival ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Tidak lupa juga kepada hadirin dan hadirat yang turut memeriahkan program ini.

“Wanita Srikandi, Permata Ummah”

 

Jilsah Nisa’ Exclusive-Puan Yusnah Yusuf

   

   

I Can See Your Voice Nisa’

 

Bedah Filem : Ajari Aku Islam- Wan Arisyah

 

Open Floor: Wanita & Masyarakat – Prof. Madya Dr. Rafidah Hanim

Speakers Corner-Woman Day: Feminism?

Open Floor-Road To Incredible Woman