Nilai, 22 Mac- Tanggal 22 Mac bersamaan 27 Rejab 1441 Hijrah merupakan peristiwa Isra’ & Mi’raj yang cukup bersejarah bagi seluruh umat Islam. Justeru, Warga Kompleks Islam Tuanku Muhriz ingin mengucapkan Salam Isra’ & Mi’raj kepada seluruh muslimin dan muslimat.

Adalah penting untuk umat Islam menghayati pengajaran di sebalik peristiwa ini. Semoga peristiwa agung ini dapat memberi keinsafan kepada kita untuk sentiasa mengingati Allah dan takut akan kekuasaan-Nya.

Mohon doa semua untuk kesejahteraan Malaysia agar bebas dari segala wabak dan bencana.

“Menyingkap hakikat kekuasaan Tuhan & keagungan Muhammad SAW”