Nilai, 17 Mac- Berikutan penularan pandemik Wabak Coronavirus yang semakin membimbangkan di negara, Pengurusan Tertinggi USIM telah membuat keputusan untuk menutup sementara Kompleks Islam Tuanku Muhriz . Oleh yang demikian, sebarang aktiviti keagamaan yang melibatkan solat berjemaah, solat Jumaat serta kuliah agama akan ditangguhkan bermula 17 Mac 2020 dan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ( 18 Mac 2020-31 Mac 2020)

Justeru, kerja-kerja pembersihan dan sanitasi telah dijalankan di KITM pada 17 Mac 2020 oleh pihak Jabatan Pembangunan Dan Pengurusan Fasiliti (JPPF). Proses pembersihan ini telah bermula jam 9.00 malam yang melibatkan setiap sudut di Kompleks Islam Tuanku Muhriz.