19 Jun 2020 merupakan tarikh yang dinanti-nantikan oleh seluruh warga USIM. Pada tarikh berikut Kompleks Islam Tuanku Muhriz telah mendapat kebenaran untuk memulakan kembali operasi dan solat Jumaat setelah ditutup hampir 3 bulan disebabkan oleh pandemik Covid-19. Pembukaan dilakukan dengan mewajibkan para jemaah untuk mematuhi SoP yang telah diwartakan.