Nilai, 3 Mac- Kompleks Islam Tuanku Muhriz telah menerima kunjungan daripada Sibu sebagai lawatan balas. Kunjungan telah tiba pada jam 11.00 pagi di Kompleks Islam Tuanku Muhriz dan diteruskan dengan sesi pembentangan oleh Timbalan Pengarah Pusat Islam, Dr. Norzulaili Mohd Ghazali. Pembentangan yang disampaikan lebih berfokuskan kepada program-program dan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Pusat Islam sendiri.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan dari wakil pihak Sibu. Wakil tersebut menyatakan rasa terima kasih beliau kepada pihak Pusat Islam USIM dan sangat berminat dengan program-proram yang dianjurkan oleh pihak Pusat Islam.

Majlis tamat seusai jamuan tengahari dan sesi penyampaian dari kedua-dua belah pihak. Tidak lupa juga sesi bergambar sebagai kenang-kenangan.