29 Mac 2021, Nilai : Bersempena kehadiran bulan Ramadan yang semakin hampir, Pusat Islam USIM dengan kerjasama Sekretariat Pusat Islam, Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia, Rakan Siswa Yadim dan badan persatuan pelajar dan NGO lain telah menganjurkan satu Karnival Warm-Up Ramadan 1.0. Karnival ini merupakan program yang telah dirancang pada tahun 2020, namun terpaksa ditangguh disebabkan PKP yang telah dilaksanakan. Alhamdulillah pada tahun ini disusun semula untuk dijalankan mengikut norma baharu. Tujuan karnival ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan persiapan diri sebelum menempuh bulan Ramadan yang dinantikan. Terdapat anyak aktiviti dan pengisian yang telah disusun sepanjang karnival berlangsung.