Nilai, 7 Mac- Pusat Pengajian Teras dengan kerjasama Kompleks Islam Tuanku Muhriz dan Unit Khazanah Ilmu Turath USIM telah menganjurkan program Daurah Kitab Turath yang bertempat di Kompleks Islam Tuanku Muhriz. Pada kali ini, sesi pengajian disampaikan oleh Tuan Guru Muhammad Adnan Abdul Wahab atau lebih dikenali sebagai Baba Nan yang membahaskan Bab Munakahat dalam Kitab Fathu Muin.

Program yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari para hadirin dan hadirat. Di samping itu, bahan daurah turut disediakan sebagai panduan buat pengunjung yang hadir.