Nilai, 7 Mac- Telah berlangsungnya Bengkel Pengurusan Jenazah anjuran Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan yang bertempat di fakulti berkenaan di Kampus Pandan Indah. Program ini melibatkan mahasiswa dan mahasiswa FPSK dari tahun 1 dan 2 untuk mengetahui cara-cara pengurusan jenazah dengan betul. Program ini terbahagi kepada dua sesi iaitu sesi teori dan sesi praktikal.

Sesi teori ini disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam USIM, Encik Muhammad Fitri Abdul Razak berkenaan teknik-teknik pengurusan jenazah sebelum sesi praktikal berlangsung. Selain Encik Muhammad Fitri, beberapa orang staf dari Pusat Islam turut terlibat dalam bengkel ini. Mereka terdiri daripada Encik Muhammad Nur Fathi, Encik Muhamad Ridauddin Amin dan Cik Ahna Atiroah selaku fasilitator bagi program ini. Turut terlibat beberapa wakil pelajar dari Sekretariat Pusat Islam Islam untuk sama-sama menjayakan program ini.

Diharapkan para peserta dapat mengambil input sepanjang sesi bengkel ini berlangsung.