Nilai, 14 Mac 2020- Exco Kemasyarakatan & Kesukarelawanan Sekretariat Pusat Islam dengan kerjasama Kompleks Islam Tuanku Muhriz dan Exco Akademik Sekretariat Fiqh Fatwa  telah menganjurkan Kursus Sembelihan yang berlangsung dari 12 Mac 2020 hingga 14 Mac 2020.

Sepanjang program ini, para peserta bukan sahaja diajar secara teori dan praktikal, malah turut diadakan lawatan ke kilang sembelihan bagi melihat sendiri proses sembelihan dengan cara yang betul. Sesi teori dan praktikal ini telah dikendalikan oleh Dr Mohd Mahyeddin Mohd Salleh, Pensyarah dari Fakulti Syariah Dan Undang-Undang dan Pakya

Para peserta juga berpeluang mendapat sijil penyertaan dan modul sepanjang program ini berlangsung. Terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

 

Sesi Lawatan Ke Kilang Sembelihan

 

   

   

   

 

Sesi Praktikal Kursus Sembelihan