Author Archive MUHAMAD FITRI

ByMUHAMAD FITRI

عليكم بالجماعة

Gambar sumber dari: https://malaysianaccess.com/arahan-solat-berjemaah-di-sekolah-kenapa-melayu-sendiri-lebih-sudu-dari-kuah/

Tuntutan berjemaah pada solat 5 waktu yang selain daripada solat fardhu Jumaat, pada pendapat yang masyhur dan paling sohih menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutan fardhu kifayah yang diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim, mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syarie.

 

Jadi bererti apabila sesebuah kampung atau mukim mendirikan solat jemaah di tempat yang dikira menzahirkan syiar Islam seperti di masjid atau surau, maka gugurlah dosa atas orang-orang kampung atau mukim yang tidak hadir bersolat jemaah. Tetapi sekiranya tidak didirikan solat jemaah maka semua penduduk kampung atau mukim itu berdosa.

 

Solat berjemaah sangat dituntut. Imam al-Bukhari dan Muslim pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah sollallahu ‘alaihi wa sallam pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah.

 

Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a:

“Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang dikumandangkan di masjid.”

 

Fadhilat solat berjemaah amat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian. Antaranya, sabda Nabi sollallahu ‘alaihi wa sallam yang bermaksud:

 

“Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda).” (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

 

لَوْ يعْلمُ النَّاسُ مَا في النِّداءِ والصَّفِّ الأَولِ ثُمَّ لَمْ يَجِدُوا إِلاَّ أَنْ يسْتَهِموا علَيهِ لاسْتهموا علَيْهِ، ولوْ يعْلَمُونَ مَا فِي التَّهْجِير لاسْتبَقوا إَليْهِ، ولَوْ يعْلَمُون مَا فِي العَتَمَةِ والصُّبْحِ لأتوهمُا ولَوْ حبوًا

“Sekiranya manusia itu mengetahui pahala menyahut seruan azan dan pahala pada sof pertama, nescaya mereka akan mengundi untuk mendapatkan keduanya, dan sekiranya mereka mengetahui pahala orang yang bersegera mendatangi solat, nescaya mereka akan berlumba-lumba untuk lebih awal, dan sekiranya mereka mengetahui pahala solat isya` dan solat subuh berjemaah, nescaya mereka akan mendatanginya meskipun dengan merangkak.” (Riwayat Al-Bukhari)

 

Sebenarnya fadhilat solat berjemaah adalah bertali arus, sambung menyambung, mengembang dan membesar. Orang yang bersolat jemaah bukan sahaja mendapat setakat 27 darjat, malah dia akan mendapat banyak fadhilat dan keuntungan sampingan lain lagi semasa dia berulang-alik ke masjid dan semasa dia berada dalam masjid.

 

وَأۡمُرۡ أَهۡلَكَ بِٱلصَّلَوٰةِ وَٱصۡطَبِرۡ عَلَيۡہَا‌ۖ لَا نَسۡـَٔلُكَ رِزۡقً۬ا‌ۖ نَّحۡنُ نَرۡزُقُكَ‌ۗ وَٱلۡعَـٰقِبَةُ لِلتَّقۡوَىٰ (١٣٢)

“Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. kami tidak meminta rezeki kepadaMu, (bahkan) kamilah yang memberi rezeki kepadamu. dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orangorang yang bertaqwa”.

 

Kesimpulannya pengajaran yang dapat diambil adalah:

  1. Umat Islam hendaklah meyakini bahawa semua perintah Allah dan Rasul itu perlu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh.
  2. Umat Islam wajiblah menunaikan kefardhuan solat kerana ia adalah merupakan amalan pertama yang akan dihisab oleh Allah SWT.
  3. Umat Islam hendaklah mengutamakan solat berjemaah kerana fadhilatnya cukup banyak dan besar ganjarannya di sisi Allah SWT.

 

Adaptasi dari teks Khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Dr Mohd Mahyeddin bin Mohd Salleh, Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) USIM

 

Disediakan oleh :

 

BAHAGIAN PENGIMARAHAN MASJID

PUSAT ISLAM

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

06-7980256

ByMUHAMAD FITRI

SRIKANDI NUSAIBAH BINTI KA’AB AL- ANSORIYAH

📝 TINTA HELWI 📝

– نساء من عصر النبوة –

🧕🏻 SRIKANDI NUSAIBAH BINTI KA’AB AL- ANSORIYAH

⚔ SRIKANDI BESI ⚔_

🌷 Dikenali sebagai UMMU UMARAH kerana cinta dan setianya kepada Rasulullah apabila melihat junjungannya itu terancam bahaya, lalu dia maju mengibas – ngibaskan pedangnya dengan perkasa.

⚔ Kata Rasulullah: “tidaklah aku melihat ke kanan dan ke Kiri pada pertempuran Uhud kecuali aku melihat Nusaibah binti Ka’ ab berperang membelaku”

⚔ Beliau adalah pahlawan wanita islam yang mempertaruhkan jiwa dan raga demi Islam termasuk ikut dalam perang Yamamah di bawah pimpinan Panglima Khalid bin Walid sampai terpotong tangannya.

⚔ Beliau juga bersama Rasulullah dalam menunaikan Baitul Ridhwan , iaitu suatu janji setia untuk sanggup mati syahid di jalan Allah.


🌷 PAHLAWAN WANITA ANSAR

💂🏻‍♀ •Imam Az Zahabi• berkata :

⚡” Dia adalah wanita yang utama dan pejuang dari kalangan Ansar, khazraj, Najjar, Mazin dan sebagai orag Madinah. Saudaranya Abdullah bin Kaab termasuk kelompok para sahabat yang ikut dalam perang Badar. Begitu juga saudaranya Abdurrahman termasuk orang yang suka menangis”

💂🏻‍♀• Al- Waqidi• berkata:

” Ummu umarah ikut perang Uhud bersama suaminya dan dua orang anaknya dari suaminya Yang pertama. Ia keluar untuk memberi minum dengan membawa Qirbah atau tempat air yang buruk. Ia juga ikut berperang dan mendapat cubaan yang baik sehingga mendapat banyak dua belas luka ditubuhnya”

🌷 DOA RASULULLAH SAW UNTUK UMMU UMARAH DAN ANAKNYA

⚡ •Imam Az-Zahabi• meriwayatkan dari Abdullah bin Zaid bin Ahsim ia berkata :
” saya mengikuti perang Uhud, maka ketika para sahabat meninggalkan Rasulullah SAW, saya dan ibu saya mendekati baginda untuk melindunginya, lalu baginda bertanya, ” Mana Ummu Umarah?” Saya menjawab: ” ya wahai Rasulullah, ” baginda bersabda: “Lemparkanlah” Saya pun melemparkan sebuah batu kepada seorang lelaki yang sedang menunggang kuda dihadapan mereka, akhirnya batu itu mengenai mata kuda itu. Kemudian kuda tersebut bergoncang, sehingga penungangnya terjatuh. Kemudian saya tindih orang itu dengan batu dan Rasulullah melihatnya sambil tersenyum.

Baginda juga melihat luka ibuku dibelakangnya, baginda bersabda” Ibumu, ibumu balutlah lukanya,Ya Allah jadikan lah mereka sahabat saya disyurga”. Mendengar itu ibuku berkata: ” Aku tidak hirau lagi apa yang menimpaku dari urusan dunia ini”. Itulah Ummu Umarah yang mengibarkan panji- panji Islam. Membela Rasulullah SAW, ia terluka dalam perang Uhud sebanyak 12 tempat ditubuhnya dan kembali ke Madinah dengan luka-luka perjuangan tersebut.

“Siswi Profesional Islami”

EXCO HAL EHWAL SISWI
SEKRETARIAT PUSAT ISLAM 2017/2018
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

📝

ByMUHAMAD FITRI

SEMINAR TADABBUR ALQURAN 2018

Pusat Islam Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama  Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM), Rumah Ngaji, & PERKIM Seremban akan menganjurkan Seminar Tadabbur AL-Quran 2018. Seminar ini akan diadakan pada pada 1 April 2018 bertempat di  Dewan Kuliah Pusat 3 (DKP3), USIM, bermula jam 8:00 pagi – 5:00 petang.

Seminar Tadabbur Al-Quran (STAQ) ini merupakan salah satu program di bawah Ihtifal Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ASEAN kali ke-6 2018 yang akan bermula 30 Mac-2 April 2018.

STAQ 2018 adalah penganjuran kali ketiga yang dikoordinasikan oleh Pusat Islam USIM dengan memfokuskan kepada kepentingan mempelajari, mendalami dan menghayati mesej yang disampaikan oleh Allah SWT melalui Rasul-Nya sebagaimana yang tercatat di dalam Al-Quran.

Seminar sebelum ini dilihat telah berjaya memberi pengalaman dan pengetahuan baharu kepada para peserta dalam usaha menambah rasa kecintaan kepada Kalamullah dan disebabkan itulah STAQ menjadi salah satu program tahunan dalam takwim aktiviti Pusat Islam USIM.

Bagi memberi keistimewaan STAQ tahun ini, Pusat Islam USIM telah menjemput panel-panel yang hebat dari pelbagai latarbelakang pendidikan & organisasi. Antaranya ialah Tuan Fazrul Ismail (CEO & Master Trainer di Akademi Sinergi ikhlas), Dr. Mushaddad Hasbullah (Felo di Institut Pengurusan Harta & Kewangan Islam), Dr. Abdullaah Jalil (Ahli Majlis Penasihat Syariah Bank Rakyat & Prudential BSN Takaful), Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh (Pesuruhjaya di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia SUHAKAM), Dr. Noornajihan Ja’afar (Timbalan Pengarah Pusat Islam USIM ) & wakil dari Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM).

ATURCARA SEMINAR TADABBUR AL-QURAN 2018

1 APRIL 2018 (AHAD)

Antara kelainan pada STAQ 2018 ialah Pusat Islam USIM menjadikan ia satu program yang mesra OKU dengan menyediakan Dai’e Pekak, surau yang dekat, tandas mesra OKU, tempat makan khas untuk peserta OKU, parking khas juga ada disediakan untuk peserta OKU. Hal ini adalah untuk menyambut gagasan USIM menuju ke arah Kampus Barakah dan Kampus Mesra OKU. Pusat Islam USIM mensasarkan penyertaan 150 peserta daripada golongan OKU.

Oleh itu, Pusat Islam USIM menjemput dan mengalu-alukan orang ramai untuk merasai sendiri pengalaman berada di dalam STAQ dengan mendaftarkan diri dengan unit pendaftaran STAQ iaitu  saudara Fahmi ( +6019-2503995 ) & saudari Mizza ( +6011-31483296 ).

ByMUHAMAD FITRI

SRIKANDI SYIFA’ BINTI AUF R.A

🔬 PAKAR PERUBATAN WANITA ‍🔬

🌷 Nama yang baik
💉 Al Imam ibnu Qayyim Al Jauziyyah berkata: “Ketika sesuatu nama menunjukkan maksud tertentu, maka wujudlah ikatan antara keduanya. Nama itu mempengaruhi diri sesorang”
💉Rasulullah juga  menyukai nama yang baik dan didalamnya mengandungi sifat2 terpuji.
💉Ibu susuan baginda  Thuwaibah dan Halimatu sa’diah juga mempunyai maksud baik iaitu pahala dan kebahagiaan, kesabaran.
💉Wanita yang pertama mendukung baginda juga mempunyai nama yang indah yang bermaksud kesembuhan iaitu Syifa’ binti Auf  bin Abdul Harith bin Zahrah.
 
🌷 Wanita Mukminah yang Bahagia
🌈 Imam Bukhari berkata: “Apabila Allah telah menetapkan manusia kepada orang yang bahagia, nescaya mereka akan hidup dalam bahagia”
🌈 Sahabat Syifa’ binti Auf, inilah adalah salah seorang yang tergolong dalam kumpulan bahagia dan mendapat berkat daripada Rasulullah.
🌈 Ini kerana, beliau telah menerima dan mendukung baginda setelah lahir serta telah meriwayatkan perkhabaran kelahiran baginda.
🌈 Syifa berkata, setelah baginda berada ditanganku, beliau mendengar salah seorang mengatakan padanya “Semoga Allah  merahmatimu”
 
🌷 Anak dan keturunannya
🐣 Allah telah memuliakannya dengan mengurniakan anak yang soleh.
🐣 Anaknya merupakan salah seorang sahabat yang dijamin masuk syurga serta anaknya juga pernah digantikan namanya oleh Rasulullah kepada Abdurrahman.
🐣 Kesemua anak2 beliau dikurniakan kemuliaan dan pahala kerana kesegeraan memeluk islam.
 
🌷 Penghormatan dan karamah
⛱ Syifa’ binti Auf merupakan salah seorang sahabat wanita yang berhijrah ke Madinah Munawawarah.. Oleh itu, beliau mendapat kemanisan keimanan kerana kesegeraan memeluk islam.
⛱ Antara karamahnya, turunnya hukum memerdekan hamba sahaya untuk kebaikan jenazahnya.
⛱ Ketika beliau meninggal pada zaman Rasulullah SAW, anaknya (Abdurrahman binti Auf) meminta keizinan baginda untuk memerdekakan hamba sahaya atas nama ibunya dan baginda membenarkan tindakannya.
⛱ Inilah bukti bahawa Syifa’ binti Auf ini dikurniakan karamah walaupun setelah meninggal dunia.
 
“Siswi Profesional Islami”
 
EXCO HAL EHWAL SISWI
SEKRETARIAT PUSAT ISLAM 2017/2018
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
 
ByMUHAMAD FITRI

SAFIYAH BINTI ABDUL MUTALIB R.A

 

 
 

🔮 KENALI WANITA TERBILANG DI ZAMAN RASULULLAH 🔮

• BIOGRAFI•

💕 Saudara kandung kepada Hamzah bin Abdul Mutalib. 
💕Ibu daripada sahabat Rasulullah, az-Zubair. 
💕 Ibu Safiyyah Berasal daripada Bani Zuhrah. 

💖 Safiyah adalah isteri kepada al-Harith bin Harb bin Umaiyah,saudara kepada Sufyan bin Umayah. Dia meninggal kemudian safiyah dinikahi oleh al-Awwam bin Khuwailid al-Asadiy saudara daripada penghulu para wanita, ibu kita, Khadijah binti Khuwailid r.a. Safiyyah melahirkan 3 orang putera, iaitu az-Zubair, as-saib dan Abdul Kaabah. 

•PENYAIR WANITA BANI HASYIM• 🎙
 
Selain memiliki kelebihan di medan perang, Safiyah juga terkenal sebagai seorang wanita yang fasih, merangkai kata dan bidang bahasa adalah kepakarannya, beliau adalah penyair wanita dari Bani Hasyim.

Syair yang dibuat untuk Rasulullah 🎼
 
“Ketahuilah wahai Rasulullah! Kaulah harapan kami
Engkau sangat baik dan ramah pada kami
Engkau penyayang, pemberi jalan dan guru kami
Hari ini yang dahulu menangis akan menangis
Seandainya yang Maha raja manusia mengekalkan Rasulullah kami
Kami kan senang, tapi takdir terkemudian pergi
Sebagai penghormatan,Allah menyampaikan salam
Dan memasukkanmu ke Syurga Adn dan meredai “

” Siswi Profesional Islami “

EXCO HAL EHWAL SISWI 
SEKRETARIAT PUSAT ISLAM 2017/2018
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
ByMUHAMAD FITRI

“Seseorang yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid-masjid” – Suatu tawaran yang tiada bandingya.

Kehidupan selepas ini, perjalanannya kompleks melalui beberapa fasa sebelum kita benar-benar tiba di destinasi penghujung yang ditetapkan.

Kubur.

Mahsyar.

Hisab.

Dan pelbagai fasa dan peringkat yang perlu dilalui setiap insan sepanjang proses tersebut.

Namun begitu, dengan rahmat-Nya, didedahkan tips yang pelbagai agar seseorang itu mendapatkan keistimewaan atau keringanan tertentu di mana-mana lokasi atau keadaan yang akan dihadapi di sana kelak.

Lakukan amalan sekian di dunia dengan ikhlas dan tepat di atas petunjuk, maka akan diringankan, dibantu, dilindungi ketika melalui fasa-fasa perjalanan di sana.

Pastinya mukmin yang cerdas akan berusaha merebut peluang-peluang ini agar sedikit sebanyak perjalanannya di akhirat nanti dipermudah.

Ini bukan satu penipuan licik, kerana tawaran ini datang jelas dariNya.

Antara tips yang hebat ditawarkan adalah perlindungan ketika di Mahsyar itu sendiri, tatkala jarak kita dan matahari hanya satu batu.

Malah bukan hanya satu jenis tips yang disarankan untuk dilakukan malah terdapat 7 sifat atau sikap yang jika dihayati dan dipraktis dalam kehidupan, nescaya kita terlindung dari kegusaran dan kekalutan alam mahsyar.

Dan di antara ke tujuh-tujuh golongan yang disebutkan, Nabi menyifatkan salah seorang dari mereka sebagai

‎وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ بِالمَسَاجِدِ

“Seseorang yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid-masjid”

[HR al-Bukhari]

Semudah itu, hanya dengan hati yang terpaut dengan masjid; dijanjikan nikmat hebat yang bakal dicemburui ramai orang di padang Mahsyar itu nanti.

Pastinya, untuk menjadikan hati melekat mencintai masjid bukan sekadar simbolik perasaan semata-mata, ia adalah hasil aplikasi timbal balik dari interaksi dengan rumah-Nya itu.

Apakah lagi interaksi yang paling utama melibatkan masjid, selain dari melaksanakan solat berjemaah di awal waktu bersama imam?

Bagaimana hati akan terpaut hanya dengan dakwaan kosong di bibir tanpa sebarang usaha bersegera menyahut seruanNya dari corong pembesar suara yang saban waktu menyebut

حَيّ على الصّلاة

Marilah segera mendirikan solat!

حَيّ على الفَلاح

Marilah segera menuju kejayaan!?

Jangan dilihat remeh urusan ini. Jangan dipandang enteng tawaran sebegini.

Segeralah ke masjid!
__
Sumber teks ihsan dari: BroSyariefShares

ByMUHAMAD FITRI

Menghormati Ibu Bapa Kunci Keberkatan Hidup

 

Ibu bapa adalah warisan zuriat yang membawa kepada lahirnya kita ke dunia dan sebab itu agama Islam meletakkan ibu bapa di tempat yang tinggi dalam hubungan kekeluargaan bahkan digandingkan dengan perintah mentauhidkan Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada kedua-duanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan kamu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

(Surah al-Isra’ 17:23)

 

Hadith berikut pula jelas menunjukkan betapa tingginya kedudukan yang diberikan Islam kepada ibu bapa.

Hadith tersebut bermaksud:

Amal perbuatan yang amat disukai Allah swt ialah solat (yang tepat) pada waktunya, berbakti kepada orang tua dan berjihad pada jalan Allah.

(Hadis Riwayat: Imam Bukhari dan Muslim)

 

Berbuat baik atau taat kepada dua ibu bapa bermaksud menghormati dan melakukan pekerjaan yang disukai mereka dan pekerjaan yang dilakukan itu janganlah bersalahan dengan kehendak yang disuruh Allah SWT. Melakukan pekerjaan yang disukai kedua ibu bapa memang menjadi tanggungjawab besar bagi seseorang anak. Besarnya jasa ibu dan ayah memang tidak dapat dinilai sama sekali.

Pada masa anak masih dalam kandungannya, ibu telah menempuh pelbagai penderitaan dan kesusahan. Ibu dan ayah terpaksa berjaga siang dan malam untuk mengawasi dan membendung kesihatan anaknya yang masih kecil. Seorang ibu rela tidak tidur malam demi menjaga anaknya yang masih kecil darpada digigit nyamuk. Ibu dan bapa sanggup perut kosong selagi perut anak yang masih kecil itu masih belum berisi. Begitulah besarnya pengorbanan ibu dan bapa terhadap anaknya. Jadi tidak hairanlah jika Islam menitik beratkan soal berbuat baik dan menghormati kedua ibu bapa.

Islam mewajibkan anak menghormati dan berbuat baik kepada kedua ibu bapanya bukan saja ketika mereka masih hidup, malah selepas mereka meninggal dunia pun, amalan baik dan penghormatan itu wajib dikekalkan oleh anak-anaknya.

Disamping itu juga, kewajipan untuk anak-anak mentaati kedua ibu bapa diperkuatkan lagi dengan sepotong hadith yang diriwayatkan Imam Muslim yang bermaksud:

Apabila mati seseorang anak Adam, maka putuslah amalnya melainkan tiga perkara, (iaitu): sedekah jariah, ilmu bermanafaat kepada orang lain dan anak soleh yang mendoakannya.

(Hadith riwayat Muslim dan Ahmad)

 

Justeru, marilah kita terus berbuat baik terhadap ibu bapa kita (sekiranya mereka telah meninggal dunia) dengan membaca ayat-ayat suci al-Quran dan mendoakannya.

Di antara doa yang boleh kita gunakan untuk mendoakan ibu bapa kita ialah:

  • Ya Tuhanku! Ampunilah aku dan ibu bapaku dan rahmatilah serta sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangi dan mengasihi aku di masa kecil. (Surah Al Israk: Ayat 25)
  • Ya Tuhan kami! Ampunilah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang Mukmin pada hari terjadinya hisab (Hari Kiamat). (Surah Ibrahim: Ayat 41)

 

Dalam hadis yang lain, Rasulullah bersabda bermaksud:

Keredaan Allah bergantung kepada keredaan bapa dan kemurkaan Allah bergantung kepada kemurkaan bapa.

(Hadis Riwayat: Imam Tarmizi)

Dari itu hormatilah ibu bapa sepanjang hayat di kandung badan. Lakukanlah perbuatan yang menyenangkan hati mereka semasa mereka masih hidup dan berdoalah kepada mereka setelah mereka meninggal dunia. Moga-moga dengan berbuat demikian hidup kita akan diberkati dan dirahmati Allah dan kita menjadi manusia yang berbahagia di dunia dan di akhirat. Insya Allah.

 

Adaptasi dari teks Khutbah Jumaat yang disampaikan oleh saudara Ahmad Munir bin Zanarudin, Mahasiswa Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) USIM

Teks Ihsan dari: Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan

Disediakan oleh:

BAHAGIAN PENGIMARAHAN MASJID

PUSAT ISLAM

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

06-7980256

ByMUHAMAD FITRI

Kejayaan Mu’min bermula dengan Penyucian Jiwa

Gambar sumber dari: http://tazkirahustazkazim.com/hati-rasa-tak-bersalah-bila-tinggalkan-solat/

 

Kejayaan di dunia dan akhirat merupakan nikmat besar yang diingini oleh setiap insan. Kunci utama untuk menggapai kejayaan adalah dengan penyucian jiwa.

Firman Allah SWT dalam surah al-Shams, 91: 7-10

“Demi jiwa manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya, Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, Dan Sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya,”

Ayat di atas menceritakan tentang kesempurnaan penciptaan manusia dan diberikan pilihan untuk memilih samada kefasikan atau ketakwaan dan kejayaan bagi mereka yang bertakwa (iaitu golongan yang menyucikan diri mereka dari sifat-sifat mazmumah).

 

Antara sifat-sifat tercela (mazmumah):

  1.  Takabbur: (Besar Diri)
  2. Ujub: (Bangga diri)
  3. Riyak: (Menunjuk-nunjuk)
  4. Hubb al-Mal (Cinta Harta)
  5. Hubb al-jah (Cinta Pangkat)
  6. Hubb al-shuhrah (Cinta Kemashuran )
  7. Tamak
  8. Hubb al-shahawat (Cinta Nafsu)
  9. Hasad Dengki
  10. Hubb al-dunya (Cinta Dunia)

 

Segala sifat ini perlu kepada proses pembersihan jiwa yang mana Allah SWT akan memberi kejayaan kepada mereka yang berusaha kearah perkara tersebut.Tanpa proses ini,manusia akan mudah tergoda oleh bisikan syaitan dan iblis pada melakukan kemungkaran.Inilah yang menjadi penyebab berlakunya gejala sosial dalam masyarakat.Contoh gejala sosial yang berlaku seperti memberi rasuah,memakan riba,penyelewangan harta.Semua ini juga disebabkan perasaan cinta akan harta dan dunia yang terlalu kuat.

Selain itu,antara kemungkaran yang berlaku ialah seperti jenayah membunuh,memfitnah,rogol,dan perzinaan yang memberi pandangan kepada kita tentang sifat2 buruk akibat kesan dari penyakit hati yang tidak dibersihkan dari jiwa manusia. Maka, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

 “Sungguh Allah telah mengurniakan (rahmatnya) kepada golongan yang beriman setelah Dia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (kandungan Al-Quran yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya) dan membersihkan (jiwa ) mereka (dari akhlak dan iktiqad yang sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (kebijaksanaan) dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata. (Al-Quran, Surah  Al-Imran, 3: 164).

 

Dalam ayat ini, Allah SWT menyebut berkenaan tugas Rasulullah SAW iaitu 1-membacakan ayat-ayat Allah SWT, 2-menyucikan jiwa mereka (yuzakkihim) dan 3-mengajarkan mereka tentang ilmu pengetahuan dari al-Kitab dan al-Hikmah.

Jelas daripada tiga perkara ini merupakan suatu pakej yang tidak boleh dipisahkan dan memerlukan seseorang individu untuk mempelajari pelbagai ilmu bagi memperolehi cara penyucian jiwa dalam kehidupan mereka. Apa yang dimaksudkan dengan hati yang bersih ialah bersih daripada sifat-sifat mazmumah yang tercela seperti yang telah disebutkan di atas.

 

Kesimpulannya :

  1. Setiap mukmin hendaklah menyedari bahawa penyucian jiwa merupakan satu tuntutan dalam Islam ke atas setiap individu.
  2. Setiap mukmin perlu melakukan muhasabah diri bagi mengenalpasti penyakit-penyakit hati yang ada dalam dirinya.
  3. Individu Muslim perlu sentiasa berusaha membersihkan jiwa dari segala penyakit hati yang ada melalui proses menuntut ilmu agama dan mengamalkannya dalam kehidupan harian.
  4. Individu Muslim juga perlu sentiasa berdoa kepada Allah swt agar diberikan ketakwaan dan kesucian jiwa.

 

Adaptasi dari teks Khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Dr. Mohd Radhi Ibrahim, Dekan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan USIM

Disediakan oleh :

BAHAGIAN PENGIMARAHAN MASJID

PUSAT ISLAM

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

06-7980256

ByMUHAMAD FITRI

Street Dakwah (Say No To Valentine’s Day) : Laporan Program

Nilai, 14 Febuari 2018 – Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia meneruskan lagi program tahunan mereka iaitu Street Dakwah yang pada tahun ini yang memfokuskan kepada Hari Valentine. Berikut adalah laporan program tersebut :

 

LAPORAN PROGRAM

Street Dakwah (Say No To Valentine’s Day)

 

TARIKH

14 Februari 2018

 

TEMPAT

Kolej Kediaman Satu

Kolej Kediaman Sutera Indah

Kolej Kediaman Nilam Court

Dataran Nilai, Bandar Baru Nilai

ANJURAN

Lajnah Dakwah Dan Perhubungan Luar (LDDP),

Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM)

TEMA

Islam Sebagai Ad-Deen

 

PENGENALAN

  • Program ini merupakan satu program yang dirancang untuk memberi sudut pandang dan pemikiran yang lebih luas kepada mahasiswa/i USIM terutama dari segi menyampaikan nilai dakwah dalam mengharungi kehidupan mereka sebagai seorang mahasiswa/i Islam khususnya dan juga sebagai persediaan untuk mendepani masyarakat luar amnya.
  • Sehubungan itu, Lajnah Dakwah Dan Perhubungan Luar (LDDP), Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) berhasrat untuk menganjurkan Program Street Dakwah ini demi memperkasakan kemahiran dan thaqafah para ajk SPMM dalam gerak kerja dakwah agar lebih mantap dan tersusun.
  • Program ini juga dianjurkan bertujuan untuk membawa matlamat yang jelas dan mampu memberi nilai tambah dikalangan mahasiswa/i sekaligus mewujudkan biah yang baik dari pelbagai aspek kepada seluruh warga USIM khususnya dan masyarakat sekitar

 

LATAR BELAKANG

2.1 Tarikh Program

  • 14/02/2018 (Rabu)

2.2 Sasaran

  • Ajk SPMM
  • Mahasiswa/i USIM
  • Masyarakat Nilai

2.3 Tempat Program

  • Kolej Kediaman Satu
  • Kolej Kediaman Sutera Indah
  • Kolej Kediaman Nilam Court
  • Dataran Nilai Dan Kawasan Sekitar

2.4 Masa Program

  • 5.00 petang -11.00 malam

2.5 Kaedah Pelaksanan

  • Pengisian kepada peserta
  • Edaran flayers

2.6 Aktiviti Yang Diikuti

  • Street dakwah
  • Pengisian: “say no to valentine’s day”
  • Edaran flayers

2.7 Pengendalian

  • MT dan exco SPMM 2017/18
  • AJK SPMM 17/18

 

PENCAPAIAN AKTIVITI

 

  • Secara keseluruhannya, Program Street Dakwah (Say No To Valentine’s Day) ini berjaya mencapai objektif utamanya iaitu memberi sudut pandang dan pemikiran yang luas kepada AJK SPMM dan mahasiswa/I USIM dari segi penyampaian dakwah kepada mahasiswa/i USIM khususnya dan masyarakat luar amnya.
  • Di samping itu, program ini berjaya dalam memperkasakan lagi kemahiran dan kefahaman ilmu AJK SPMM dalam gerak kerja dakwah agar lebih mantap dan tersusun dalam mewujudkan biah solehah.
  • Jumlah pelajar yang menyertai program ini sangat memuaskan, lebih kurang seramai 150 orang penyertaan dalam kalangan mahasiswa/I USIM yang terlibat dalam mengagihkan flyers disekitar dataran nilai dan kawasan berdekatan. Disamping masyarakat di sekitar Dataran Nilai yang turut  memberi respon positif dan kerjasama yang baik sepanjang program ini berlangsung.

 

 

LAMPIRAN GAMBAR SEPANJANG PROGRAM

 

Taklimat dari PIC program untuk pembahagian flayers dalam kolej kediaman masing-masing

Sesi edaran flayers bagi kolej kediaman yang disertai oleh mahasiswa/i USIM

Edaran flayers yang telah berlangsung di Kolej Kediaman 1 sempena program Street Dakwah tersebut

Santapan rohani yang telah disampaikan oleh Presiden SPMM iaitu Saudara Ajwad yang disertai oleh mahasiswa/i daripada USIM

Pembahagian edaran flayers mengikut kumpulan di sekitar Dataran Nilai

Penerangan berkenaan tajuk ”say no to valentine’s day” kepada masyarakat sekitar Dataran Nilai

PENUTUP

 

Keseluruhan program Street Dakwah(Say No To Valentine’s Day) ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program Street Dakwah anjuran Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) sesi 2017/2018 ini.

 

 

Disediakan oleh,

(NUR QAYYIMAH AZMI)

Setiausaha,

Lajnah Dakwah Dan Perhubungan Luar,

Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia,

Universiti Sains Islam Malaysia.

15 Februari 2018

ByMUHAMAD FITRI

Kejayaan Ahmad Ashraf & Siti Aisyah dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Seremban 2018

Seremban, 14 Febuari 2018 – Telah berlangsung Majlis Tilawah Al-quran Peringkat Daerah Seremban yang bertempat di Masjid Jamek Seremban, Negeri Sembilan.

Dua orang pelajar dari USIM telah mengambil bahagian dalam Majlis tersebut. Berikut adalah nama pelajar tersebut yang telah mendapat tempat daripada tiga yang terbaik kategori dewasa lelaki & dewasa perempuan :

Ahmad Ashraf bin Azmi
Naib Johan
Kategori Dewasa Lelaki

Siti Aisyah bt Baa’in
Naib Johan
Kategori Dewasa Perempuan

Mereka telah dibimbing oleh Ustaz Anuar Hassin & Ustaz Amir Rahman.

Tahniah diucapkan kepada seluruh yang terlibat.