Risalah Tinta Duat
Siri 8: I AM A MUSLIM
FEBRUARI 2018
Laman Artikel:
Sebagai seorang yang bergelar Muslim, tiadalah yang lebih indah pada diri melainkan dengan mengamalkan Islam itu sendiri. Dan sebaik-baik ikutan adalah Rasulullah SAW, nabi terulung sepanjang zaman.
Firman Allah SWT:
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
“Sesungguhnya pada (diri) Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula banyak menyebut dan mengingati Allah.”
(Surah al-Ahzab, ayat 21)
Betapa baiknya Allah meninggalkan kita Al-Quran dan Sunnah sebagai rujukan utama dalam kehidupan. Namun, umat zaman sekarang terlalu skeptikal dan banyak bermain dengan persepsi. Mereka yang mengamalkan Islam dan sunnah dipandang lekeh dan ketinggalan zaman. Dan ada sesetengah daripada kita yang malu dengan cara hidup Islam. Sebagai contoh, apabila ingin menunaikan solat dimasjid dan berjemaah, timbul perasaan merasakan diri poyo dan sebagainya. Sedangkan itulah sunnah yang sangat digalakkan oleh Rasulullah SAW.
Adakah kita malu dengan Islam? Tanya diri. Mengapa perlu biarkan ego menang, sedangkan iman itu seharusnya kita letak diatas melebihi perasaan kita sendiri.
Malu dengan Islam kerana kurangnya malu kepada Islam. Hati-hatilah sahabat, moga kita tidak tergolong dalam golongan yang Allah pesongkan hati dari merasai kemanisan iman dan Islam.
Laman Al-Quran:
الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا
“…Pada hari ini telah Aku sempurnakan untukmu agamamu, dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Aku redhai Islam sebagai agama bagimu…”
[Surah Al-Ma’idah: Ayat 3]
Laman Hadis:
لَتَتَّبِعُنَّ سَنَنَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ دَخَلُوا فِي جُحْرِ ضَبٍّ لَاتَّبَعْتُمُوهُمْ قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ آلْيَهُودَ وَالنَّصَارَى قَالَ فَمَنْ
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sungguh, kalian benar-benar akan mengikuti kebiasaan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun kalian pasti akan mengikuti mereka.” Kami bertanya; “Wahai Rasulullah, apakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani?” Beliau menjawab: “Siapa lagi kalau bukan mereka?”
(HR Musim – Shahih)
Quotes:
اخاف اليوم الذي يصبح فيه المشرك فخور باخطأئه ويصبح المسلم خجول من ايمانه
(عمر بن الخطاب)
“I fear the day when the disbelievers are proud of their falsehood, and the Muslims are shy of their faith.”
[Umar ibn al-Khattab]
“Aku bimbang akan datangnya hari di mana kaum Musyrikin berbangga dengan kebatilan mereka dan kaum Muslimin malu dengan agama mereka.”
(Saidina Umar Al-Khattab)
“Melebarkan Dakwah, Mengislahkan Ummah”
Pena Siswa Usim
Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia
2017/2018