Nilai, 20 Disember 2019- Bersempena dengan Iftar Mingguan, Sekretariat Sahabat Yadim USIM telah mengambil tugas memasak pada minggu ini. Mereka terdiri daripada barisan exco, ahli-ahli dan beberapa wakil di setiap sekretariat di bawah naungan Pusat Islam.Program yang bermula dengan aktiviti merewang pada sebelah pagi di sambung pula dengan acara memasak pada sebelah petang tidak mematahkan semangat para sekretariat untuk terus bekerjasama dalam menyediakan juadah berbuka puasa buat tetamu yang hadir.
Dianggarkan seramai 200 orang tetamu yang hadir menikmati hidangan berbuka puasa. Sementara menunggu waktu berbuka , mereka telah disajikan dengan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh salah seorang wakil daripada sekretariat di bawah naungan Pusat Islam. Dengan mengamalkan konsep iftar dalam talam, secara tidak langsung ia menarik minat para tetamu yang berpuasa pada hari tersebut.
Pihak Pusat Islam mengucapkan setinggi penghargaan kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan iftar ini. Semoga Allah membalas segala kebaikan kalian.