Talaqqi Glokal merupakan salah satu program pengajian selama 10 minggu. Pengajian dilakukan secara atas talian di Facebook Kompleks Islam USIM. Pengajian talaqqi membahaskan kitab turath merangkumi aspek fiqh, nahu sorof dan hadith. Maklumat pengajian adalah seperti berikut:

1) Tuan Guru Hj Ghazali Bin Ahmad (Thailand)
– Kitab Matla’ al-Badrain (Fiqh)
– Suzhūr al-Zhahab (Nahu)
Setiap Isnin Bermula 1 Jun 2020
10.00 pg – 11.30 pg
Pengajian Dalam Bahasa Melayu
2) Sheikh al-Musnid al-Muhaddith Muhammad Daniel al-Muhajir (United Kingdom)
– Kitab Thulathiyāt al-Darimi & al-Bukhari (Hadis)
Setiap Rabu Bermula 8 Julai 2020
9.00 pg – 10.00 pg
Pengajian Dalam Bahasa Inggeris