Malaysia Quran Hour peringkat Negeri Sembilan di Kompleks Islam USIM

Byadmin

Malaysia Quran Hour peringkat Negeri Sembilan di Kompleks Islam USIM

NILAI, 19 Jun 2017 – Kompleks Islam Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjadi lokasi utama peringkat Negeri Sembilan bagi Program mengaji al-Quran secara beramai-ramai sempena Malaysia #QuranHour yang berlangsung serentak seluruh Malaysia hari ini bersamaan 24 Ramadan 1438H.

Program yang dianjurkan oleh Rumah Ngaji Negeri Sembilan dan Wanita Perkim Seremban menghimpunkan seramai 1,000 orang peserta dari kalangan pelajar USIM juga melibatkan peserta dari kalangan orang kurang upaya (OKU) dari Yayasan Faqih yang buta, bisu dan lemah pembelajaran.

Naib Canselor USIM, YBhg Prof Dato’ Dr Musa Ahmad menyatakan rasa sangat mengalu-alukan semangat dan hasrat murni untuk menganjurkan program ini yang diadakan pertama kali di USIM di mana pada masa ia sama boleh mengimarahkan aktiviti di Kompleks Islam USIM sempena Ramadan.

“Sebagai umat Islam kita harus akui melalui bacaan al-Quran secara beramai-ramai dapat menyatukan hati tanpa mengira latar belakang masing-masing. Pada masa yang sama, peserta dapat memperbaiki bacaan, menghayati serta memahami kandungan ayat al-Quran,” ujarnya lagi.

Turut serta pada program tersebut adalah Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Tn Hj Kamal Amran Kamarudin dan Pengarah Pusat Islam USIM, Dr. Khairul Anuar Mohamad.

About the author

admin administrator

Leave a Reply