Alhamdulillah, untuk pertama kalinya terhasil juga Risalah Tinta Du’at sebagai bahan bacaan untuk warga USIM sekalian.Sedikit Pengenalan: Tinta Du’at merupakan inisiatif yang dibawa oleh Pena Siswa USIM di bawah lajnah LDDP sebagai satu medan bagi mengajak seluruh warga USIM khususnya mahasiswa dan mahasiswi untuk sama-sama mengasah bakat dan berkongsi ilmu melalui bidang penulisan dan karya.

Selain itu Tinta Du’at juga bermatlamat untuk mewujudkan ‘Budaya Membaca’ dalam kalangan mahasiswa dan seluruh warga kampus selari dengan pembudayaan Iqra’ bagi melahirkan Graduan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli yang dibawa oleh pihak USIM sendiri.Dan penerbitan risalah ini telah digerakkan dan banyak dibantu oleh Sahabat SPMM sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

“RISALAH TINTA DU’AT”

Hadiah istimewa buat semua dengan tema yang dibawa untuk siri 1 ini iaitu Ukhuwah Mahabbah, yang mana menunjukkan betapa terikatan hati antara kita yang bersaudara mampu melahirkan perasaan dan tindakan yang luar biasa.

Akhirul kalam, moga usaha baik ini mampu memberi sedikit sebanyak manfaat untuk para pembaca sekalian.Dan insya-Allah risalah ini merupakan risalah berkala yang mana akan diterbitkan pada setiap minggu dengan tema yang berbeza dan menarik!

Nantikan risalah akan datang daripada kami!

 

Tulus Ikhlas, Tinta Du’at, Pena Siswa USIM