RISALAH TINTA DU’AT

SIRI 6: “ROAD TO EXAM”

LAMAN KALAMULLAH

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan

(Surah Al-Alaq: Ayat 1)

Mulakan segalanya dengan niat kerana Allah SWT. Moga Allah menatijahkan kebaikan disetiap apa yang kita usahakan.

DOA PENERANG HATI

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي • وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي • وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي • يَفْقَهُوا قَوْلِي •

(Surah Taha: Ayat 25-28)

Berkata Musa: “Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku.”

QUOTES

“Seorang yang berjaya ialah mereka yang mampu menggerakkan semangat usaha mereka”

(Dato Dr. Fadhilah Khamsah)

Tawakkal Kunci Kebahagiaan:

Pesanan kepada kita supaya senantiasa bertawakkal kepada Allah. Tawakkal bukan sahaja setelah berusaha, tapi tawakkal juga perlu dihadirkan sebelum usaha dan ketika usaha dijalankan. Dalam erti kata lain, pergantungan penuh hanya pada Allah yang Maha Esa. Dan nescaya kamu akan dapat merasai kebahagiaan yang sebenar walau apapun natijah disebaliknya. Kerana bahagia itu sendiri anugerah dari Tuhan.

فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللهِ 

“Apabila kamu telah berazam (bertekad dan berusaha) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah sukakan golongan yang bertawakal” 

(Surah Ali Imran :159)

SISIPAN RINGKAS

Andai benar kamu ingin merasakan manisnya kejayaan, maka lakukanlah tindakan dan usaha dengan tulus dan jujur. Meniru itu menipu, maka jangan kita ikutkan hawa dan nafsu. Berkat itu kunci kebahagiaan, maka ayuh minta restu ibu, ayah, guru dan sahabat. 

Selamat Menghadapi Fatrah Imtihan buat semua warga mahasiwa mahasiswi USIM. Insyaa Allah semua mampu berjaya dengan cemerlang Dunia dan Akhirat.

“Melebarkan Dakwah, Mengislahkan Ummah”

PENA SISWA USIM

SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA 2017/2018

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA