RISALAH TINTA DU’AT

SIRI 5: IKHTILAT & AURAT

“BAHAGIAN IKHTILAT”

LAMAN KALAMULLAH

Surah al-Isra’: Ayat 32

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا

Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.

INTAI  BICARA RASULULLAH

Asy-Syaikh As-Sa’di rahimahullah menjelaskan tentang ayat ini dalam tafsirnya, “Larangan mendekati zina lebih besar implikasinya daripada larangan melakukan perbuatan zina , kerana larangan mendekati zina mencakupi larangan terhadap semua perkara yang dapat menjerumuskan kepada perbuatan tersebut. Barangsiapa yang mendekati larangan tersebut, ia dibimbangi akan terjerumus kepadanya, lebih-lebih lagi dalam masalah zina yang kebanyakan hawa nafsu sangat kuat dorongannya untuk melakukan zina.”

PENJAGAAN IKHTILAT

– Tundukkan(jaga) pandangan
– Sentiasa menjaga adab
– Berwaspada agar tidak berdua-duaan tanpa mahram
– Tutup aurat mengikut syarak
– Jauhi perkara yang boleh merangsang syahwat
– Bertemu hanya atas urusan penting/kerja dan tidak berlebih-lebihan

“BAHAGIAN AURAT”

LAMAN KALAMULLAH

Surah al-A’raf: Ayat 26

يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنْزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا ۖ وَلِبَاسُ التَّقْوَىٰ ذَٰلِكَ خَيْرٌ ۚ ذَٰلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ

Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.

INTAI  BICARA RASULULLAH

Begitu pentingngnya menjaga aurat dalam agama Islam sehingga seseorang di perbolehkan melempar dengan kerikil orang yang berusaha melihat atau mengintip aurat keluarganya di rumahnya, sebagaimana sabda Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

لَوْ اطَّلَعَ فِي بَيْتِكَ أَحَدٌ وَلَمْ تَأْذَنْ لَهُ خَذَفْتَهُ بِحَصَاةٍ فَفَقَأْتَ عَيْنَهُ مَا كَانَ عَلَيْكَ مِنْ جُنَاحٍ

Jika ada orang yang berusaha melihat (aurat keluargamu) di rumahmu dan kamu tidak mengizinkannya lantas kamu melemparnya dengan kerikil sehingga membutakan matanya maka tidak ada dosa bagimu.

[HR. Al-Bukhâri, no. 688, dan Muslim, no. 2158].

PENJAGAAN AURAT

Muslimin:
– Pakaian tidak terlalu nipis & tidak terlalu ketat
– Menutup aurat antara pusat ke lutut
– Pakaian tidak menyerupai perempuan

Muslimat:
– Menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan
– Pakaian tebal, longgar dan tidak menyerupai lelaki
– Melabuhkan tudung menutupi dada
– Memakai stoking (tutup kaki)

“Melebarkan Dakwah, Mengislahkan Ummah”

PENA SISWA USIM

SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA 2017/2018

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA