RISALAH TINTA DU’AT

SIRI 3: ULUL ALBAB

LAMAN KALAMULLAH

Surah Ali Imran: Ayat 190

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِ

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal.

INTAI  BICARA RASULULLAH

أنتم أعلم بأمور دنياكم

“ Kalian lebih tahu urusan dunia kalian” (HR. Muslim)

ARTIKEL RINGKAS

ULUL ALBAB

Akal merupakan anugerah terbesar yang Allah kurniakan kepada hamba-hambaNya yakni manusia. Namun, adakah semua dari kita menggunakan akal yang Allah anugerahkan ini dengan betul? Firman Allah dalam al-Quran:

أَمَّنْ هُوَ قَانِتٌ آنَاءَ اللَّيْلِ سَاجِدًا وَقَائِمًا يَحْذَرُ الْآخِرَةَ وَيَرْجُو رَحْمَةَ رَبِّهِ ۗ قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ ۗ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَابِ

(Apakah kamu hai orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadat di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah: “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang yang berakal lah yang dapat menerima pelajaran.

(Surah Az-Zumar: Ayat 9)

KE ARAH MENJADI GRADUAN INTERGRASI ILMU NAQLI DAN AQLI

Alam universiti dan alam pekerjaan merupakan dua alam yang berbeza persekitaran dan pembawakan. Selaku mahasiswa yang diterapkan dengan pembawakan ilmu Naqli dan Aqli, menjadi tanggungjawab kita untuk mempraktikkan ilmu yang dipelajari supaya mampu menjadi Qudwah yang baik kepada masyarakat disamping dapat menerapkan nilai-nilai Islam dalam setiap aspek kehidupan manusia.

Dan untuk menjadi Graduan hebat fizikal dan spiritual, perlunya kepada persiapan bukan sahaja cemerlang akademik, luas pengetahuan dan banyak pembacaan, tetapi juga perlunya kepada kemahiran (softskill) seperti penulisan, pengucapan awam dan lain-lain lagi yang berguna, yang mana mampu menyumbang kepada keperluan ummah di luar sana.

QUOTES

“Be A Thinkers.

Because Thinkers Drive, Not Follow.

Islam Should Drive, Not Following Others”

-Pena Siswa Usim-

“Melebarkan Dakwah, Mengislahkan Ummah”

PENA SISWA USIM

SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA 2017/2018

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA