SIRI 2: الأدب قبل العلم

 

RISALAH TINTA DU’AT

SIRI 2: الأدب قبل العلم

LAMAN KALAMULLAH

Surah An-Nahl: Ayat 43

وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ إِلَّا رِجَالًا نُوحِي إِلَيْهِمْ ۚ فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui.

INTAI BICARA SAHABAT

Umar bin al-Khattab berkata:

تَوَاضَعُوا لِمَنْ تَعَلَّمُونَ مِنْهُ

“Tawadhu’lah kalian terhadap orang yang mengajari kalian.”

[Diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi rahimahullah]

TELADAN DARI SEJARAH

ADAB PENENTU KEBERKATAN

“O son of my brother, Learn Manners Before Learning Knowledge”

[Imam Malik to a young man from Quraisy]

Kedudukan adab dalam ranah ilmu sangatlah agung, kerana adab merupakan perhiasan dan mahkota bagi penuntut ilmu. Tanpa adab, bagaimanakah sesuatu ilmu itu akan mendapat barakah? Kerana itu tidak hairanlah para Ulama Salaf lebih banyak menghabiskan waktunya untuk mempelajari adab dibandingkan ilmu.

Di antara adab  pelajar terhadap gurunya adalah dengan bersabar atas segala kekurangan dan tidak menilai gurunya oleh sebab kealpaannya. Bahkan seorang pelajar dituntut untuk berbaik sangka terhadap sikap gurunya dan tidak menuduh sembarangan. Firman Allah SWT:

وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُم بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ وَلا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَلا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَن ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا

“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredhaanNya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaanya itu melewati batas.”

[Surah al-Kahfi: Ayat 28]

Nasihat Al-Imam An-Nawawi, “Seorang murid hendaklah meminta maaf terlebih dahulu apabila gurunya berlaku kasar. Hendaklah dia sampaikan alasan kepada gurunya itu dan mengakui bahawa dirinyalah yang patut dipersalahkan. Adab seperti itu akan mendatangkan manfaat dan lebih membersihkan Hati Sang Guru.”

[At-Tibyaan Fi Aadaabi Hamalatil Qur’aan]

ADAB PELAJAR TERHADAP GURU MENURUT IMAM AL-GHAZALI

– Mendahulukan salam dan bersalaman (cium tangan) sebagai tanda penghormatan (mengikut jantina)

– Jangan banyak bercakap di hadapan guru

– Jangan bercakap jika tidak ditanya

– Jangan bertanya melainkan disuruh oleh guru

– Jangan menyangkal kata-kata guru

– Jangan mengumpat pelajar lain

– Jangan berbisik di hadapan guru

– Jangan berpaling kiri dan kanan (fokus pada guru)

– Jangan menyoal ketika guru dalam keadaan penat

– Berdiri apabila guru bangun (masuk, keluar)

– Mendengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali

– Rujuk kepada guru dalam memilih Ilmu

– Jangan duduk di tempat guru

– Jangan berjalan dihadapan guru kecuali darurat

– Jangan ketuk pintu berulang kali sehingga guru keluar menemuinya

– Sentiasa mendapatkan keredhaannya dan jauhkan kemurkaannya

– Muliakan anak-anak guru

– Selalu berhubung dengan guru

– Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari (boleh mengurangkan keberkatan ilmu)

– Sentiasa mendoakan guru selepas solat 5 waktu

 

QUOTES

“Ilmu yang berkah diperoleh dengan selalu mengedepankan takzim terhadap guru. Guru ibarat dokter yang mengobati kejahilan, tidak patuh nasehat dokter maka nikmatilah rasa sakit, tidak patuh nasehat guru maka terimalah kebodohanmu.”

-Ta’lim Muta’alim-

“Orang yang tinggi ADAB walaupun kekurangan ILMU itu LEBIH MULIA dari orang yang banyak ILMU tapi kekurangan ADAB.”

-Habib Umar bin Hafidz-

 

“Melebarkan Dakwah, Mengislahkan Ummah”

 

PENA SISWA USIM

SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA 2017/2018

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA