RISALAH TINTA DU’AT
SIRI 1: UKHUWAH ISLAMIYAH
LAMAN KALAMULLAH
Surah Al-Hujurat: Ayat 13
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
INTAI BICARA RASULULLAH
Al-Ustadz Yazid bin Abdul Qadir Jawas:
عَنْ أَبِيْ حَمْزَةَ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ خَادِمِ رَسُوْلِ اللهِ عَنِ النَّبِيِّ قَالَ : ((لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ ِلأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ [مِنَ الْخَيْرِ])) رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ.
Dari Abu Hamzah, Anas bin Mâlik Radhiyallahu ‘anhu, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda: “Tidak sempurna iman seseorang di antara kalian hingga ia mencintai untuk saudaranya segala apa yang ia cintai untuk dirinya sendiri berupa kebaikan.”
[HR al-Bukhâri dan Muslim].
TELADAN DARI SIRAH
“Itsar Puncak Ukhwah”
Itsar yakni mengutamakan orang lain atau melebihkan orang lain daripada dirinya sendiri adalah akhlak mulia yang mana merupakan puncak tertinggi dalam Ukhwah Islamiyyah selepas solamatus sodri iaitu berlapang dada (paling rendah) dan musawwah iaitu menyamaratakan diri dengan sahabat (sederhana).
Akhlak yang mulia ini dapat dilihat dalam diri Baginda Nabi SAW dan para sahabat menerusi sirah-sirah yang disebut dalam beberapa ayat al-Quran dan hadis sendiri.
Dan antara kisah menarik yang berkait rapat dengan Itsar ini ialah:
KISAH ABU THALHAH DENGAN BAGINDA NABI SAW
Diriwayatkan dari Anas bin Malik bahawa Abu Thalhah pada perang Uhud menjadi pasukan panah dengan posisi di hadapan Baginda Nabi SAW, dia memang seorang yang ahli dalam memanah. Apabila Abu Thalhah memanah, maka Rasulullah SAW memerhatikan kemana sasaran anak panahnya mengena. Maka Abu Thalhah mengangkat dadanya (untuk melindungi Nabi SAW) seraya berkata, “Begini wahai Rasulullah, supaya engkau tidak mengena sasaran panah musuh, biarlah yang terkena itu adalah leherku, bukan lehermu.”
[HR Ahmad dan selainnya, sanadnya Sahih]
Daripada kisah di atas, dapat kita lihat betapa cintanya para sahabat terhadap Baginda Nabi SAW. Ukhwah antara mereka telah mencapai tahap yang paling tinggi yakni sampai sanggup sakit bahkan mati demi mempertahankan Baginda Nabi SAW. Begitu jugalah akhlak mereka dengan sahabat-sahabat yang lain. Ukhwah inilah yang telah membina kesatuan dalam membawa Risalah Islam yang dibawa oleh Baginda Nabi SAW.
QUOTES
“True Friends Are Never Apart. Maybe In Distance, But Never In Heart”
-Encik Google-
“Melebarkan Dakwah, Mengislahkan Ummah”
PENA SISWA USIM
SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA 2017/2018
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA