ByMUHAMAD FITRI

SEMINAR TADABBUR ALQURAN 2018

Pusat Islam Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama  Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM), Rumah Ngaji, & PERKIM Seremban akan menganjurkan Seminar Tadabbur AL-Quran 2018. Seminar ini akan diadakan pada pada 1 April 2018 bertempat di  Dewan Kuliah Pusat 3 (DKP3), USIM, bermula jam 8:00 pagi – 5:00 petang.

Seminar Tadabbur Al-Quran (STAQ) ini merupakan salah satu program di bawah Ihtifal Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ASEAN kali ke-6 2018 yang akan bermula 30 Mac-2 April 2018.

STAQ 2018 adalah penganjuran kali ketiga yang dikoordinasikan oleh Pusat Islam USIM dengan memfokuskan kepada kepentingan mempelajari, mendalami dan menghayati mesej yang disampaikan oleh Allah SWT melalui Rasul-Nya sebagaimana yang tercatat di dalam Al-Quran.

Seminar sebelum ini dilihat telah berjaya memberi pengalaman dan pengetahuan baharu kepada para peserta dalam usaha menambah rasa kecintaan kepada Kalamullah dan disebabkan itulah STAQ menjadi salah satu program tahunan dalam takwim aktiviti Pusat Islam USIM.

Bagi memberi keistimewaan STAQ tahun ini, Pusat Islam USIM telah menjemput panel-panel yang hebat dari pelbagai latarbelakang pendidikan & organisasi. Antaranya ialah Tuan Fazrul Ismail (CEO & Master Trainer di Akademi Sinergi ikhlas), Dr. Mushaddad Hasbullah (Felo di Institut Pengurusan Harta & Kewangan Islam), Dr. Abdullaah Jalil (Ahli Majlis Penasihat Syariah Bank Rakyat & Prudential BSN Takaful), Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh (Pesuruhjaya di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia SUHAKAM), Dr. Noornajihan Ja’afar (Timbalan Pengarah Pusat Islam USIM ) & wakil dari Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM).

ATURCARA SEMINAR TADABBUR AL-QURAN 2018

1 APRIL 2018 (AHAD)

Antara kelainan pada STAQ 2018 ialah Pusat Islam USIM menjadikan ia satu program yang mesra OKU dengan menyediakan Dai’e Pekak, surau yang dekat, tandas mesra OKU, tempat makan khas untuk peserta OKU, parking khas juga ada disediakan untuk peserta OKU. Hal ini adalah untuk menyambut gagasan USIM menuju ke arah Kampus Barakah dan Kampus Mesra OKU. Pusat Islam USIM mensasarkan penyertaan 150 peserta daripada golongan OKU.

Oleh itu, Pusat Islam USIM menjemput dan mengalu-alukan orang ramai untuk merasai sendiri pengalaman berada di dalam STAQ dengan mendaftarkan diri dengan unit pendaftaran STAQ iaitu  saudara Fahmi ( +6019-2503995 ) & saudari Mizza ( +6011-31483296 ).

About the author

MUHAMAD FITRI administrator

Leave a Reply