Category Archive Uncategorized

ByMUHAMAD FITRI

SRIKANDI NUSAIBAH BINTI KA’AB AL- ANSORIYAH

📝 TINTA HELWI 📝

– نساء من عصر النبوة –

🧕🏻 SRIKANDI NUSAIBAH BINTI KA’AB AL- ANSORIYAH

⚔ SRIKANDI BESI ⚔_

🌷 Dikenali sebagai UMMU UMARAH kerana cinta dan setianya kepada Rasulullah apabila melihat junjungannya itu terancam bahaya, lalu dia maju mengibas – ngibaskan pedangnya dengan perkasa.

⚔ Kata Rasulullah: “tidaklah aku melihat ke kanan dan ke Kiri pada pertempuran Uhud kecuali aku melihat Nusaibah binti Ka’ ab berperang membelaku”

⚔ Beliau adalah pahlawan wanita islam yang mempertaruhkan jiwa dan raga demi Islam termasuk ikut dalam perang Yamamah di bawah pimpinan Panglima Khalid bin Walid sampai terpotong tangannya.

⚔ Beliau juga bersama Rasulullah dalam menunaikan Baitul Ridhwan , iaitu suatu janji setia untuk sanggup mati syahid di jalan Allah.


🌷 PAHLAWAN WANITA ANSAR

💂🏻‍♀ •Imam Az Zahabi• berkata :

⚡” Dia adalah wanita yang utama dan pejuang dari kalangan Ansar, khazraj, Najjar, Mazin dan sebagai orag Madinah. Saudaranya Abdullah bin Kaab termasuk kelompok para sahabat yang ikut dalam perang Badar. Begitu juga saudaranya Abdurrahman termasuk orang yang suka menangis”

💂🏻‍♀• Al- Waqidi• berkata:

” Ummu umarah ikut perang Uhud bersama suaminya dan dua orang anaknya dari suaminya Yang pertama. Ia keluar untuk memberi minum dengan membawa Qirbah atau tempat air yang buruk. Ia juga ikut berperang dan mendapat cubaan yang baik sehingga mendapat banyak dua belas luka ditubuhnya”

🌷 DOA RASULULLAH SAW UNTUK UMMU UMARAH DAN ANAKNYA

⚡ •Imam Az-Zahabi• meriwayatkan dari Abdullah bin Zaid bin Ahsim ia berkata :
” saya mengikuti perang Uhud, maka ketika para sahabat meninggalkan Rasulullah SAW, saya dan ibu saya mendekati baginda untuk melindunginya, lalu baginda bertanya, ” Mana Ummu Umarah?” Saya menjawab: ” ya wahai Rasulullah, ” baginda bersabda: “Lemparkanlah” Saya pun melemparkan sebuah batu kepada seorang lelaki yang sedang menunggang kuda dihadapan mereka, akhirnya batu itu mengenai mata kuda itu. Kemudian kuda tersebut bergoncang, sehingga penungangnya terjatuh. Kemudian saya tindih orang itu dengan batu dan Rasulullah melihatnya sambil tersenyum.

Baginda juga melihat luka ibuku dibelakangnya, baginda bersabda” Ibumu, ibumu balutlah lukanya,Ya Allah jadikan lah mereka sahabat saya disyurga”. Mendengar itu ibuku berkata: ” Aku tidak hirau lagi apa yang menimpaku dari urusan dunia ini”. Itulah Ummu Umarah yang mengibarkan panji- panji Islam. Membela Rasulullah SAW, ia terluka dalam perang Uhud sebanyak 12 tempat ditubuhnya dan kembali ke Madinah dengan luka-luka perjuangan tersebut.

“Siswi Profesional Islami”

EXCO HAL EHWAL SISWI
SEKRETARIAT PUSAT ISLAM 2017/2018
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

📝

ByMUHAMAD FITRI

SEMINAR TADABBUR ALQURAN 2018

Pusat Islam Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama  Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM), Rumah Ngaji, & PERKIM Seremban akan menganjurkan Seminar Tadabbur AL-Quran 2018. Seminar ini akan diadakan pada pada 1 April 2018 bertempat di  Dewan Kuliah Pusat 3 (DKP3), USIM, bermula jam 8:00 pagi – 5:00 petang.

Seminar Tadabbur Al-Quran (STAQ) ini merupakan salah satu program di bawah Ihtifal Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ASEAN kali ke-6 2018 yang akan bermula 30 Mac-2 April 2018.

STAQ 2018 adalah penganjuran kali ketiga yang dikoordinasikan oleh Pusat Islam USIM dengan memfokuskan kepada kepentingan mempelajari, mendalami dan menghayati mesej yang disampaikan oleh Allah SWT melalui Rasul-Nya sebagaimana yang tercatat di dalam Al-Quran.

Seminar sebelum ini dilihat telah berjaya memberi pengalaman dan pengetahuan baharu kepada para peserta dalam usaha menambah rasa kecintaan kepada Kalamullah dan disebabkan itulah STAQ menjadi salah satu program tahunan dalam takwim aktiviti Pusat Islam USIM.

Bagi memberi keistimewaan STAQ tahun ini, Pusat Islam USIM telah menjemput panel-panel yang hebat dari pelbagai latarbelakang pendidikan & organisasi. Antaranya ialah Tuan Fazrul Ismail (CEO & Master Trainer di Akademi Sinergi ikhlas), Dr. Mushaddad Hasbullah (Felo di Institut Pengurusan Harta & Kewangan Islam), Dr. Abdullaah Jalil (Ahli Majlis Penasihat Syariah Bank Rakyat & Prudential BSN Takaful), Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh (Pesuruhjaya di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia SUHAKAM), Dr. Noornajihan Ja’afar (Timbalan Pengarah Pusat Islam USIM ) & wakil dari Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM).

ATURCARA SEMINAR TADABBUR AL-QURAN 2018

1 APRIL 2018 (AHAD)

Antara kelainan pada STAQ 2018 ialah Pusat Islam USIM menjadikan ia satu program yang mesra OKU dengan menyediakan Dai’e Pekak, surau yang dekat, tandas mesra OKU, tempat makan khas untuk peserta OKU, parking khas juga ada disediakan untuk peserta OKU. Hal ini adalah untuk menyambut gagasan USIM menuju ke arah Kampus Barakah dan Kampus Mesra OKU. Pusat Islam USIM mensasarkan penyertaan 150 peserta daripada golongan OKU.

Oleh itu, Pusat Islam USIM menjemput dan mengalu-alukan orang ramai untuk merasai sendiri pengalaman berada di dalam STAQ dengan mendaftarkan diri dengan unit pendaftaran STAQ iaitu  saudara Fahmi ( +6019-2503995 ) & saudari Mizza ( +6011-31483296 ).

ByMUHAMAD FITRI

SRIKANDI SYIFA’ BINTI AUF R.A

🔬 PAKAR PERUBATAN WANITA ‍🔬

🌷 Nama yang baik
💉 Al Imam ibnu Qayyim Al Jauziyyah berkata: “Ketika sesuatu nama menunjukkan maksud tertentu, maka wujudlah ikatan antara keduanya. Nama itu mempengaruhi diri sesorang”
💉Rasulullah juga  menyukai nama yang baik dan didalamnya mengandungi sifat2 terpuji.
💉Ibu susuan baginda  Thuwaibah dan Halimatu sa’diah juga mempunyai maksud baik iaitu pahala dan kebahagiaan, kesabaran.
💉Wanita yang pertama mendukung baginda juga mempunyai nama yang indah yang bermaksud kesembuhan iaitu Syifa’ binti Auf  bin Abdul Harith bin Zahrah.
 
🌷 Wanita Mukminah yang Bahagia
🌈 Imam Bukhari berkata: “Apabila Allah telah menetapkan manusia kepada orang yang bahagia, nescaya mereka akan hidup dalam bahagia”
🌈 Sahabat Syifa’ binti Auf, inilah adalah salah seorang yang tergolong dalam kumpulan bahagia dan mendapat berkat daripada Rasulullah.
🌈 Ini kerana, beliau telah menerima dan mendukung baginda setelah lahir serta telah meriwayatkan perkhabaran kelahiran baginda.
🌈 Syifa berkata, setelah baginda berada ditanganku, beliau mendengar salah seorang mengatakan padanya “Semoga Allah  merahmatimu”
 
🌷 Anak dan keturunannya
🐣 Allah telah memuliakannya dengan mengurniakan anak yang soleh.
🐣 Anaknya merupakan salah seorang sahabat yang dijamin masuk syurga serta anaknya juga pernah digantikan namanya oleh Rasulullah kepada Abdurrahman.
🐣 Kesemua anak2 beliau dikurniakan kemuliaan dan pahala kerana kesegeraan memeluk islam.
 
🌷 Penghormatan dan karamah
⛱ Syifa’ binti Auf merupakan salah seorang sahabat wanita yang berhijrah ke Madinah Munawawarah.. Oleh itu, beliau mendapat kemanisan keimanan kerana kesegeraan memeluk islam.
⛱ Antara karamahnya, turunnya hukum memerdekan hamba sahaya untuk kebaikan jenazahnya.
⛱ Ketika beliau meninggal pada zaman Rasulullah SAW, anaknya (Abdurrahman binti Auf) meminta keizinan baginda untuk memerdekakan hamba sahaya atas nama ibunya dan baginda membenarkan tindakannya.
⛱ Inilah bukti bahawa Syifa’ binti Auf ini dikurniakan karamah walaupun setelah meninggal dunia.
 
“Siswi Profesional Islami”
 
EXCO HAL EHWAL SISWI
SEKRETARIAT PUSAT ISLAM 2017/2018
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
 
ByMUHAMAD FITRI

SAFIYAH BINTI ABDUL MUTALIB R.A

 

 
 

🔮 KENALI WANITA TERBILANG DI ZAMAN RASULULLAH 🔮

• BIOGRAFI•

💕 Saudara kandung kepada Hamzah bin Abdul Mutalib. 
💕Ibu daripada sahabat Rasulullah, az-Zubair. 
💕 Ibu Safiyyah Berasal daripada Bani Zuhrah. 

💖 Safiyah adalah isteri kepada al-Harith bin Harb bin Umaiyah,saudara kepada Sufyan bin Umayah. Dia meninggal kemudian safiyah dinikahi oleh al-Awwam bin Khuwailid al-Asadiy saudara daripada penghulu para wanita, ibu kita, Khadijah binti Khuwailid r.a. Safiyyah melahirkan 3 orang putera, iaitu az-Zubair, as-saib dan Abdul Kaabah. 

•PENYAIR WANITA BANI HASYIM• 🎙
 
Selain memiliki kelebihan di medan perang, Safiyah juga terkenal sebagai seorang wanita yang fasih, merangkai kata dan bidang bahasa adalah kepakarannya, beliau adalah penyair wanita dari Bani Hasyim.

Syair yang dibuat untuk Rasulullah 🎼
 
“Ketahuilah wahai Rasulullah! Kaulah harapan kami
Engkau sangat baik dan ramah pada kami
Engkau penyayang, pemberi jalan dan guru kami
Hari ini yang dahulu menangis akan menangis
Seandainya yang Maha raja manusia mengekalkan Rasulullah kami
Kami kan senang, tapi takdir terkemudian pergi
Sebagai penghormatan,Allah menyampaikan salam
Dan memasukkanmu ke Syurga Adn dan meredai “

” Siswi Profesional Islami “

EXCO HAL EHWAL SISWI 
SEKRETARIAT PUSAT ISLAM 2017/2018
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
ByMUHAMAD FITRI

“Seseorang yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid-masjid” – Suatu tawaran yang tiada bandingya.

Kehidupan selepas ini, perjalanannya kompleks melalui beberapa fasa sebelum kita benar-benar tiba di destinasi penghujung yang ditetapkan.

Kubur.

Mahsyar.

Hisab.

Dan pelbagai fasa dan peringkat yang perlu dilalui setiap insan sepanjang proses tersebut.

Namun begitu, dengan rahmat-Nya, didedahkan tips yang pelbagai agar seseorang itu mendapatkan keistimewaan atau keringanan tertentu di mana-mana lokasi atau keadaan yang akan dihadapi di sana kelak.

Lakukan amalan sekian di dunia dengan ikhlas dan tepat di atas petunjuk, maka akan diringankan, dibantu, dilindungi ketika melalui fasa-fasa perjalanan di sana.

Pastinya mukmin yang cerdas akan berusaha merebut peluang-peluang ini agar sedikit sebanyak perjalanannya di akhirat nanti dipermudah.

Ini bukan satu penipuan licik, kerana tawaran ini datang jelas dariNya.

Antara tips yang hebat ditawarkan adalah perlindungan ketika di Mahsyar itu sendiri, tatkala jarak kita dan matahari hanya satu batu.

Malah bukan hanya satu jenis tips yang disarankan untuk dilakukan malah terdapat 7 sifat atau sikap yang jika dihayati dan dipraktis dalam kehidupan, nescaya kita terlindung dari kegusaran dan kekalutan alam mahsyar.

Dan di antara ke tujuh-tujuh golongan yang disebutkan, Nabi menyifatkan salah seorang dari mereka sebagai

‎وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ بِالمَسَاجِدِ

“Seseorang yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid-masjid”

[HR al-Bukhari]

Semudah itu, hanya dengan hati yang terpaut dengan masjid; dijanjikan nikmat hebat yang bakal dicemburui ramai orang di padang Mahsyar itu nanti.

Pastinya, untuk menjadikan hati melekat mencintai masjid bukan sekadar simbolik perasaan semata-mata, ia adalah hasil aplikasi timbal balik dari interaksi dengan rumah-Nya itu.

Apakah lagi interaksi yang paling utama melibatkan masjid, selain dari melaksanakan solat berjemaah di awal waktu bersama imam?

Bagaimana hati akan terpaut hanya dengan dakwaan kosong di bibir tanpa sebarang usaha bersegera menyahut seruanNya dari corong pembesar suara yang saban waktu menyebut

حَيّ على الصّلاة

Marilah segera mendirikan solat!

حَيّ على الفَلاح

Marilah segera menuju kejayaan!?

Jangan dilihat remeh urusan ini. Jangan dipandang enteng tawaran sebegini.

Segeralah ke masjid!
__
Sumber teks ihsan dari: BroSyariefShares

ByMUHAMAD FITRI

Kejayaan Mu’min bermula dengan Penyucian Jiwa

Gambar sumber dari: http://tazkirahustazkazim.com/hati-rasa-tak-bersalah-bila-tinggalkan-solat/

 

Kejayaan di dunia dan akhirat merupakan nikmat besar yang diingini oleh setiap insan. Kunci utama untuk menggapai kejayaan adalah dengan penyucian jiwa.

Firman Allah SWT dalam surah al-Shams, 91: 7-10

“Demi jiwa manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya, Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, Dan Sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya,”

Ayat di atas menceritakan tentang kesempurnaan penciptaan manusia dan diberikan pilihan untuk memilih samada kefasikan atau ketakwaan dan kejayaan bagi mereka yang bertakwa (iaitu golongan yang menyucikan diri mereka dari sifat-sifat mazmumah).

 

Antara sifat-sifat tercela (mazmumah):

  1.  Takabbur: (Besar Diri)
  2. Ujub: (Bangga diri)
  3. Riyak: (Menunjuk-nunjuk)
  4. Hubb al-Mal (Cinta Harta)
  5. Hubb al-jah (Cinta Pangkat)
  6. Hubb al-shuhrah (Cinta Kemashuran )
  7. Tamak
  8. Hubb al-shahawat (Cinta Nafsu)
  9. Hasad Dengki
  10. Hubb al-dunya (Cinta Dunia)

 

Segala sifat ini perlu kepada proses pembersihan jiwa yang mana Allah SWT akan memberi kejayaan kepada mereka yang berusaha kearah perkara tersebut.Tanpa proses ini,manusia akan mudah tergoda oleh bisikan syaitan dan iblis pada melakukan kemungkaran.Inilah yang menjadi penyebab berlakunya gejala sosial dalam masyarakat.Contoh gejala sosial yang berlaku seperti memberi rasuah,memakan riba,penyelewangan harta.Semua ini juga disebabkan perasaan cinta akan harta dan dunia yang terlalu kuat.

Selain itu,antara kemungkaran yang berlaku ialah seperti jenayah membunuh,memfitnah,rogol,dan perzinaan yang memberi pandangan kepada kita tentang sifat2 buruk akibat kesan dari penyakit hati yang tidak dibersihkan dari jiwa manusia. Maka, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

 “Sungguh Allah telah mengurniakan (rahmatnya) kepada golongan yang beriman setelah Dia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (kandungan Al-Quran yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya) dan membersihkan (jiwa ) mereka (dari akhlak dan iktiqad yang sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (kebijaksanaan) dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata. (Al-Quran, Surah  Al-Imran, 3: 164).

 

Dalam ayat ini, Allah SWT menyebut berkenaan tugas Rasulullah SAW iaitu 1-membacakan ayat-ayat Allah SWT, 2-menyucikan jiwa mereka (yuzakkihim) dan 3-mengajarkan mereka tentang ilmu pengetahuan dari al-Kitab dan al-Hikmah.

Jelas daripada tiga perkara ini merupakan suatu pakej yang tidak boleh dipisahkan dan memerlukan seseorang individu untuk mempelajari pelbagai ilmu bagi memperolehi cara penyucian jiwa dalam kehidupan mereka. Apa yang dimaksudkan dengan hati yang bersih ialah bersih daripada sifat-sifat mazmumah yang tercela seperti yang telah disebutkan di atas.

 

Kesimpulannya :

  1. Setiap mukmin hendaklah menyedari bahawa penyucian jiwa merupakan satu tuntutan dalam Islam ke atas setiap individu.
  2. Setiap mukmin perlu melakukan muhasabah diri bagi mengenalpasti penyakit-penyakit hati yang ada dalam dirinya.
  3. Individu Muslim perlu sentiasa berusaha membersihkan jiwa dari segala penyakit hati yang ada melalui proses menuntut ilmu agama dan mengamalkannya dalam kehidupan harian.
  4. Individu Muslim juga perlu sentiasa berdoa kepada Allah swt agar diberikan ketakwaan dan kesucian jiwa.

 

Adaptasi dari teks Khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Dr. Mohd Radhi Ibrahim, Dekan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan USIM

Disediakan oleh :

BAHAGIAN PENGIMARAHAN MASJID

PUSAT ISLAM

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

06-7980256

ByMUHAMAD FITRI

Adakah kita sudah bersedia jika mati itu datang mengejut?

Firman Allah SWT dalam Surah al-Anbiya’ ayat 35 :

“ Setiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan, dan kepada Kami lah kamu akan dikembalikan. “

Persoalannya,  Ketika itu, adakah sudah cukup bekal kita yang akan membantu kita menghadapi saat-saat getir di alam barzakh?

Alam barzakh merupakan persinggahan pertama menuju ke alam akhirat. Rasulullah SAW bersabda :

“ Sesungguhnya kubur ialah tempat persinggahan yang pertama alam akhirat, jika seseorang terselamat daripada azabnya, maka urusan selepas itu lebih mudah baginya, dan jika dia tidak terselamat daripada azabnya, maka urusannya selepas itu akan lebih sukar lagi ” – Riwayat at-Tirmidzi

Bagi menghadapi alam barzakh, apakah perancangan kita, apakah persiapan kita dan apakah bekalan kita nanti?

1.Bertaubat dan beristighfar.

Rasulullah SAW pernah memberi nasihat:

“Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kamu kepada Tuhan Mu sebelum kamu mati. Segeralah untuk melakukan amal soleh sebelum masa kamu disibukkan dengan urusan dan pekerjaan.. ” (Hadith riwayat Ibnu Majah)

Sebagai manusia kita tidak sunyi melakukan kesalahan dan kesilapan. Kadang-kadang kita melakukan kesalahan tanpa disedari. Bolehlah diibaratkan seperti rumah, sekalipun tiada yang mengotorkannya, ia tetap berhabuk dan bersawang tanpa disedari. Justeru itu, dengan sentiasa bertaubat dan beristighfar dapat membersihkan kotoran dosa.

2.Mendirikan solat lima waktu sehari semalam dengan sempurna. Solat yang sempurna mampu mencegah kita daripada melakukan perkara keji dan mungkar serta menyelamatkan kita daripada kebinasaan di dunia ini.

Selain itu, harus kita ketahui bahawa solat merupakan amalan pertama yang akan dihisab di akhirat kelak. Jika baik pelaksanaannya maka mudahlah perhitungan amalan soleh yang lain.

3.Memperbanyakkan amalan yang pahalanya tidak terputus dan berterusan sampai kepada kita, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh.

Hal ini terangkum di dalam hadith Nabi SAW :

“Apabila mati seorang anak Adam itu, maka putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.” (Hadith riwayat Muslim dan Ahmad)

Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri dengan mengingati kematian. Hal ini kerana, dengan mengingati mati itu boleh menjadikan kita zuhud terhadap dunia, menyedarkan kita supaya tidak leka dan lalai dengan isi dan perhiasannya serta boleh membersihkan hati kita daripada kekaratan dosa yang telah kita lakukan.

“Sesungguhnya hati ini berkarat sepertimana besi yang berkarat. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah bagaimana untuk mengilatkannya? Baginda menjawab: Membaca al-Quran dan mengingati mati.” (Hadith riwayat al-Baihaqi)

Adaptasi dari teks Khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Ustaz Nik Muhammad Fadlan bin Nik Mahmood, Pembantu Hal Ehwal Islam USIM

Teks Ihsan dari : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan Darul Khusus

Disediakan oleh :

BAHAGIAN PENGIMARAHAN MASJID

PUSAT ISLAM

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

06-7980256

ByMUHAMAD FITRI

Tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan

Tahun 2017 sudah berlalu membawa pergi pelbagai kesilapan, kealpaan, kekurangan dan kekhilafan sama ada terhadap Allah dan juga kepada sesama manusia. Ayuh sama-sama berusaha memperbaikinya di tahun baru 2018 ini insyaAllah.

Firman Allah SWT di dalam surah al-Mukmin ayat 40 :

“ Sesiapa yang mengerjakan kejahatan maka ia tidak dibalas melainkan dengan kejahatan yang sebanding dengannya, dan sesiapa yang mengerjakan amal salih dari lelaki atau perempuan sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga serta beroleh rezeki di dalam Syurga itu dengan tidak dihitung. “

Di sepanjang tahun 2017 juga, pastinya banyak pencapaian-pencapaian dan kejayaan samada berbentuk peribadi mahupun organisasi. Namun begitu, semestinya akan tertinggal beberapa impian dan harapan yang belum tercapai.

Langkah pertama yang perlu diambil ialah menuntut ilmu dan menguasainya. Apabila wujudnya ilmu di dalam dada, akan terhasil lah kesediaan untuk melakukan pengorbanan dan kesanggupan untuk bekerja keras mengejar impian dan harapan.

Kita semua memasuki fasa tahun 2018 dengan penuh harapan dan impian besar yang meliputi pelbagai aspek kehidupan. Walaupun azam tahun baharu setiap individu itu berbeza mengikut kehendak dan impian masing-masing, namun secara keseluruhannya impian dan harapan kita khususnya sebagai umat Islam berlegar dalam isu-isu berkaitan peningkatan kos sara hidup, pendidikan anak-anak, kerjaya, kesihatan, kebajikan dan kehidupan sosial.

Isu-isu ini sering menghantui kehidupan anggota masyarakat khususnya mereka yang mempunyai pendapatan yang rendah dan sederhana.

“Persoalannya, siapakah yang bertanggungjawab untuk meleraikan isu ini dan apakah yang perlu lakukan dalam menghadapi semua ini? Jawapnnya adalah kita sendiri. Ya! Kita sendiri yang perlu memikul tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi kerana ini adalah masalah kita. Masalah kita, kitalah yang harus bangkit untuk menyelesaikannya bukan orang lain. Kita seringkali merungut tentang kenaikan mendadak barang-barang keperluan. Kita sering mengadu tentang beban gst terhadap perbelanjaan harian, kita sering bercerita tentang perbelanjaan yang sudah kehabisan meskipun baru di pertengahan bulan. Tapi kita masih menghabiskan masa untuk bersembang, masih lagi leka di panggung wayang, masih terus lena dibuai mimpi walau azan sudah berkumandang, masih berwasap, ber’ig’ dan ber FB sehingga larut malam. Jika ini tabiat dan amalan, masakan masalah boleh diselesaikan?”

Tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Tidak ada penyakit yang tidak boleh disembuhkan. Tidak ada kepayahan yang tidak ada pengakhiran. Asal saja kita serius mencari penyelesaian.

Allah SWT berfirman:

فإن مع العسر يسرا إن مع العسر يسرا

“Maka Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangannya.

Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangannya.”

 

Di dalam sebuah hadith Nabi s.a.w bersabda:

(إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ لَمْ يُنْزِلْ دَاءً إِلا أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً عَلِمَهُ مَنْ عَلِمَهُ وَجَهِلَهُ مَنْ جَهِلَهُ)

“Sesungguhnya Allah SWT tidak menurunkan penyakit kecuali diturunkan bersama penyakit itu

penawarnya yang diketahui oleh orang yang mengetahuinya dan tidak diketahui oleh

orang yang tidak mengetahuinya”

Dari kedua-dua sumber wahyu tadi, kita dapat memahami bahawa segala permasalahan samada penyakit atau musibah, kepayahan dan kesulitan pastinya ada jalan keluarnya. Namun segalanya harus diusahakan. Sesudah berusaha, bertawakkallah kepada Allah. Jangan mudah berputus asa andainya usaha kita belum lagi menghasilkan apa yang kita inginkan. Terus berusaha dan berusaha.

InsyaAllah, penyelesaian pasti akan ditemui. Firman Allah SWT :

Maksudnya: “Dan orang yang berusaha berjuang kepada agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami, dan sesungguhnya Allah adalah berserta orang yang berusaha membaiki amalannya”.

Adaptasi dari teks Khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Dr. Nik Rahim bin Nik Wajis, Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang USIM

 

Disediakan oleh :

BAHAGIAN PENGIMARAHAN MASJID

PUSAT ISLAM

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

06-7980256

ByMUHAMAD FITRI

Kejadian Gerhana bukan kerana kematian atau kelahiran seseorang

Gambar sumber dari : https://www.pwmu.co/50968/2018/01/gerhana-bulan-total-melewati-indonesia-pada-31-januari-2018/

Akhir-akhir ini kejadian gerhana semakin kerap berlaku sama ada gerhana bulan juga gerhana matahari. Kejadian ini boleh kita gambarkan sebagai perkara yang ajaib berlaku di muka bumi yang mana membuatkan akal kita yang sihat dan juga iman di dada tertanya-tanya apakah hikmah di sebalik kejadian ajaib ini dan apakah yang perlu kita sebagai Muslim lakukan.

Ada satu Hadis yang boleh kita jadikan panduan iaitu  Hadis riwayat Aisyah ra., ia berkata:

Pada masa Rasulullah saw. pernah terjadi gerhana matahari. Saat itu Rasulullah saw. melakukan solat gerhana, beliau berdiri sangat lama dan rukuk juga sangat lama, lalu mengangkat kepala dan berdiri lama, tapi tidak seperti lamanya berdiri pertama. Kemudian beliau rukuk lama, tapi tidak seperti lamanya rukuk pertama. Selanjutnya beliau sujud. Kemudian berdiri lama, namun tidak seperti lamanya berdiri pertama, rukuk cukup lama, namun tidak selama rukuk pertama, mengangkat kepala, lalu berdiri lama, tapi tidak seperti lamanya berdiri pertama, rukuk cukup lama, tapi tidak seperti lamanya rukuk pertama, lalu sujud dan selesai. Selepas selesai solat, matahari sudah nampak sempurna kembali. Beliau berkhutbah di hadapan kaum muslimin, memuji Allah dan menyanjung-Nya, dan bersabda: Sesungguhnya matahari dan rembulan itu termasuk tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya terjadi gerhana bukan kerana kematian atau kelahiran seseorang. Oleh sebab itu, jika kalian melihat keduanya gerhana, maka bertakbirlah, berdoalah kepada Allah, kerjakanlah solat dan bersedekahlah! Hai umat Muhammad, tidak seorang pun lebih cemburu daripada Allah, bila hambanya, lelaki maupun perempuan, berbuat zina. Hai umat Muhammad, demi Allah, seandainya kalian tahu apa yang kuketahui, tentu kalian banyak menangis dan sedikit tertawa. Ingatlah! Bukankah aku telah menyampaikan. (Shahih Muslim No.1499)

Suatu tanda-tanda kiamat.

Allah menjadikan gerhana adalah sebagai salah satu tanda kekuasaanNya sebagai yang Maha Berkuasa menjadikan segala perkara, dan juga sebagai tanda menunjukkan kita dunia kian hampir dengan kiamat.

Abu Musa ra berkata : Tatkala terjadi gerhana matahari di zaman Nabi saw., Baginda saw., bangkit terkejut, takut terjadi kiamat dan beliau terus menuju masjid. Beliau melakukan solat dengan rukuk dan sujud yang lama sekali. Tidak pernah aku melihatnya melakukan solat seperti itu.(Shahih Muslim No.1518)

Oleh itu, gerhana bukanlah baru berlaku bahkan sudah berlaku dari zaman Baginda lagi, dan Baginda mengajarkan kepada kita apabila berlakunya Gerhana maka hadirkanlah perasaan takut dalam diri dan terus menuju ke Masjid untuk bersama-sama jemaah yang lain bersolat, berzikir dan mengingati Allah di saat Dia menunjukkan tanda kekuasaanNya.

Kaifiat Solat sunat gerhana.

Di sini disertakan dua gambar yang diambil dari Jakim dan pksart tatacara solat sunat gerhana supaya dapat menjadi rujukan kita bersama.

 

Disediakan oleh :

BAHAGIAN PENGIMARAHAN MASJID

PUSAT ISLAM

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

06-7980256


Sumber rujukan :

  • Shahih Muslim – Kitab Gerhana
  • Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
  • pksart/kabmagelang.pks.id